• 9786299927181
  • JUN(1)
1

[MANES WORDWORKS] NOVEL VAHEIN II : RIF'AT

Regular price
RM 42.00
Sale price
RM 42.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Tuhan, izinkan aku bersama mereka sehingga ke akhirnya.


[i]

Permintaan Rif’at tidak banyak; dia mahu pulang ke tanah airnya di Beit Lahiya, Gaza. Menyertai pasukan paramedik Malaysia, jalan pintas untuk Rif’at kembali menjejaki ahli keluarganya. 

Namun di Rafah Crossing Point...

“Untuk apa kau datang ke sini?” 

Untuk pulang ke tanah air aku la... dan jawapan itu dia hanya biarkan bergema dalam hati. 

“... kerana mahu berbakti dengan pasukan paramedik yang aku sertai,” jawab Rif’at dengan tenang bagi membunuh segala prasangka, Si Zionis di hadapannya itu. 

Rif’at mendambakan ruang untuk berjihad demi Palestin. Bersama-sama Najdat dan pasukan pemuda Palestin, Rif’at ikut bertempur dalam Perang Penjara Ghaib.

 

[ii]

Najdat – remaja dingin setelah kematian semua ahli keluarganya; lalu bersua dengan Rif’at telah mengubah perwatakannya 180 darjah. Melihatkan kebahagiaan Najdat, Rif’at menyembunyikan rahsianya.

Bagaimana ajal yang ‘dijanjikan’ untuk Rif’at?

Apakah dia dijemput kala perbaringan atau dia mati syahid dalam peperangan atau bagaimana? 

Seperti kata Rif’at, selalunya: 

Yang pasti, semuanya terletak pada aturan Tuhan yang sentiasa cantik!