• zinnirah
  • bb_202310161453_0001 - Copy
  • ll_202310161454_0001 - Copy
1

[PENULISAN2U] NOVEL ZINNIRAH - WOORI HUE

Regular price
RM 23.40
Sale price
RM 23.40
Regular price
RM 26.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: PENULISAN2U

Penulis: WOORI HUE


HIDUP Zinnirah berubah 180 darjah setelah ibu bapanya meninggal dunia disyaki akibat membunuh diri. Demi melangsaikan hutang yang ditinggalkan bapanya, Zinnirah mengikat kontrak dengan Tango sebagai profiler tanpa menyedari bahawa percaturannya itu adalah jerat yang mampu memakan diri.

"You that resemble her makes me lose my mind. What should I do to you?" - QAREEB

Bagi Qareeb, wajah Zinnirah sangat mirip dengan bekas isterinya yang tidak dapat dijejak, Sofea. Zinnirah pula beria-ia menafikan bahawa dia bukanlah wanita yang sedang dicari oleh Qareeb.

"Maaf, cik Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" - QAREEB

"Encik pakai taktik zaman bila ni? Encik nak tahu nama saya ke? Kenapa tak tanya straightforward aje?" - ZINNIRAH

Disalah anggap sebagai Sofea turut mengancam nyawa Zinnirah apabila dia menjadi buruan bapa Sofea yang tampak bersedia untuk menerkam Sofea bila-bila masa sahaja. Pada masa yang sama, Zinnirah didedahkan pula dengan hakikat bahawa dia bukanlah anak tunggal seperti yang disangka selama ini. Kubur saudaranya wujud sebagai bukti. Tetapi mengapa tidak mernah sekali pun ibu bapanya bercerita? Mengapa statusnya sebagai anak kedua dirahsiakan?

"Awak berada dalam bahaya, Zinnirah." - QAREEB

Saat Zinnirah dihimpit dari pelbagai arah, Qareeb menawarkan sesuatu.

Zinnirah terdesak. Identiti Sofea menjadi tanda tanya. Rahsia mengenai kewujudan saudaranya menyebabkan Zinnirah mula meragui memori sendiri. Sejauh manakah kepercayaan yang boleh dia beri kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya? Sedalam manakah Zinnirah terpaksa menggali kisah di sebalik kematian ibu bapanya? Apa sebenarnya yang berlaku 24 tahun yang lalu?