• 1
  • 2
  • photo_2023-12-26_15-25-58
  • 202312211542_0001-1
1

[RC PUBLICATION] MY HEARTLESS LADY BOSS - MIA AZWARI

Regular price
RM 31.50
Sale price
RM 31.50
Regular price
RM 35.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Rc Publication

Penulis: Mia Azwari 


Dingin,tiada belas kasihan dan tegas.

Itulah sikap Inara Delisha. Seorang gadis yang tidak suka bergantung hidup dengan sesiapa sejak di usia kanak-kanak. Ditambah lagi dengan kerjaya sebagai arkitek terbaik, menjadi punca dia sukar didekati sesiapa. Namun semuanya mula berubah apabila lelaki itu muncul dalam hidupnya.

"Awak siapa untuk saya ingat?" - Inara

"Bakal suami awak."- Thaqif 

Pelik. Inara tak pernah ingat lelaki itu. Kerap kali lelaki itu mengatakan mereka sudah terlalu kerap bertemu. Hari demi hari, lelaki itu semakin berani sehingga berjaya meruntuhkan tembok yang dibina oleh Inara selama 35 tahun.

Disebabkan ada 'sesuatu' yang perlu Inara mahu miliki, dia menerima lamaran lelaki itu. Dengan syarat, perkahwinan mereka tidak didedahkan. Bahagia yang dibina oleh Inara tidak kekal lama apabila rahsianya terbongkar.

"Abang fikir, Nara ikhlas terima abang tapi hakikatnya abang hanya dipergunakan."- Thaqif

Inara tak mampu membela diri. Dia masih cuba menyelamatkan rumah tangga mereka tapi semuanya sudah terlambat.

"Abang nak kita berpisah."- Thaqif

Permintaan lelaki itu menyedarkan Inara yang dirinya tak layak untuk bahagia. Bagi Inara, dia tidak akan sesekali merayu untuk seorang lelaki.

Benarkah Inara tidak pernah mencintai Thaqif? Atau selama ini hanya Thaqif yang bertepuk sebelah tangan?