• temani aku
  • yy_202310141618_0001 - Copy
  • dd_202310141619_0001 - Copy
1

[FAJAR PAKEER] TEMANI AKU, CINTA - AUNIE AYUNIE

Regular price
RM 20.25
Sale price
RM 20.25
Regular price
RM 27.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: AUNIE AYUNIE


Takdir tidak pernah silap dalam mengaturkan setiap pertemuan. Apatah lagi dalam menyatukan dua jiwa.

CINTA KHALEEDA - Dunianya yang indah dan berwarna-warni bertukar menjadi huru-hara selepas kepulangan Ali Firhan ke Malaysia. Dia tak suka bila Firhan terlalu mengongkong hidupnya Firhan acah-acah nak jadi pelindungnya pula? Huh, dasar diktator tak tahu malu!

ALI FIRHAN - Walau diasak dengan kata-kata sinis dan layanan beku si adik tiri, tapi dia tetap teguh menyayangi. Dia rela jadi watak jahat dalam hidup Cinta asalkan Cinta selalu ada di sisi.

"Cinta rasa umi dengan papa patut lupakan rancangan tu sebab Cinta tak akan kahwin dengan Abang Firhan. No way!" - CINTA

Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba saja umi dan papa suruh dia kahwin dengan si Hitler itu. A big no! Dia serik kerana pernah ditinggalkan. Sebab itulah dia menentang sekeras-kerasnya. Tapi, Firhan tetap tenang dan pasrah tanpa bantahan.

Ternyata, takdir punya rencana tersendiri. Firhan nekad mahu melafazkan akad selepas satu insiden yang buat dia hampir kehilangan Cinta.

"Mungkin abang dilahirkan untuk menjadi abang tiri dan suami you." - FIRHAN

Namun, rahsia yang terungkap menjadikan Firhan seorang lelaki heartless. Kisah hitam itu menjadi punca retaknya mahligai yang dibina. Tiada lagi bicara manis. Tiada lagi ungkapan romantis. hanya kebencian dan kata-kata nista menjadi dendangan halwa telinga. Mampukah Cinta bertahan sedangkan jiwanya mula lelah?

Bagaimana dia mahu terus mencintai andai hatinya mula mempersoalkan sumpah setia yang pernah Firhan ungkapkan? Dia buntu...

Pada indahnya lukisan hati, ada lara yang tidak terzahir.

Adakala derita itu perlu kerana cinta adalah tentang siapa yang mampu bertahan hingga ke akhir.

"May be I'm too late to be your first. But now I'm preparing myself to be your last."

Pergilah duka! Dia cuma ingin ditemani bahagia...