• khabib
  • tg_202301301434_0001
  • photo_2023-01-30_15-57-14 (2)
  • photo_2023-01-30_15-57-13
  • jh_202301301434_0001
1
SALE

[LATIP & KELUARGA] KHABIB NURMAGEDOV PETARUNG ISLAM DARI DAGESTAN

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: LATIP & KELUARGA

Penulis: ABDUL LATIP TALIB


Khabib Nurmagomediv, nama yang agak asing bagi bukan penggemar tempur MMA. Tetapi bagi yang sentiasa mengikuti MMA, ia adalah nama yang cukup besar. Sehingga novel ini ditulis, Khabib masih lagi tanpa kalah selepas 27 perlawanan.

Dia sangat digeruni lawan dan dihormati kawan. Dia dalam gelanggang dia seperti kuku helang yang tajam dan keras, tetapi di luar gelanggang dia seperti bulu helang yang lembut dan santun.

Namun yang pasti, baik di dalam ataupun di luar gelanggang dia adalah seorang Muslim yang tidak pernah gentar menyebut Alhamdulillah pada setiap kali kemenangannya.

Inilah kisah beliau, Khabib Nurmagomediv, petarung Islam dari Dagestan.


PETIKAN BAB 5


"Alhamdulillah, sampai kita akhirnya di Abu Dhabi," kata Khabib dalam lawatannya ke Abu Dhabi, ibu kota UAE (United Arab Emirates). Sambil memimpin tangan isteri tercinta, dia terus berjalan bagi menikmati percutian mereka.

Sebelum ini mereka melawat Dubai, namun sang isteri agak pening melihat kesesakan di sana, lalu dia bercadang membawanya ke Abu Dhabi yang jauh lebih tenang berbanding suasana perdagangan di Dubai.

Sepanjang perjalanan dari Dubai ke Abu Dhabi yang dihubungkan melalui lebuh raya yang lurus dan selesa, mereka disajikan dengan pemandangan kawasan perindustrian dan padang pasir.

Teknologi tol di lebuh-lebuh raya di Dubai sangat moden dan terkehadapan. Ia berasaskan teknologi RFID, yang mana bayaran akan ditolak secara automatik apabila kenderaan melaluinya. Tidak perlu sentuhan kad, tidak perlu berhenti.

Di sana, Khabib dan isterinya sempat melawat beberapa tempat yang terkenal. Antaranya Masjid Sheikh Zayed Grand yang merupakan masjid terbesar di UAE. Mereka juga pergi ke Emirates Palace yang merupakan hotel mewah di Abu Dhabi, menikmati keindahan pemandangan pencakar langit Abu Dhabi dari Marina Mall sebelum ke Ferrari World.

"Abang, saya lihat Dubai dan Abu Dhabi ni memang berbeza," kata sang isteri yang berjubah santai dan berselendang labuh. Tangannya masih tidak lepas dipegang suami tercinta.

"Ya, memang berbeza. Dubai memiliki ramai ekspariat, tetapi kita lebih mudah menjumpai penduduk tempatan di Abu Dhabi. Dubai sangat sesak dengan manusia, tetapi keadaan lebih tenang di Abu Dhabi sebab itu saya bawa sayang ke sini." kata Khabib

"Di Abu Dhabi ini, ada juga saya nampak kawasan perumahan rakyat, tetapi di Dubai saya hanya melihat apartmen dan kondominium," kata isterinya pula.

"Benar, Abu Dhabi masih mengekalkan ciri tradisional, manakala Dubai pesat sebagai pusat perdagangan. Abu Dhabi adalah pusat pentadbiran dan kawasan utama perindustrian minyak, manakala Dubai lebih kepada pusat komersialisasi dan pelancongan," terang Khabib yang bangga ada negara Islam yang maju seperti di UAE. Maju dan mewah. Kaum Arab yang dahulunya miskin di padang pasir, kini sudah mempunyai begitu banyak bangunan pencakar langit.

"Oh begitu, patutlah Dubai mempunyai lebih banyak bangunan pencakar langit berbanding Abu Dhabi," kata isterinya yang bukan sahaja bertudung tetapi turut berpurdah nipis bagi menyembunyikan identitinya.

Khabib memang tidak mahu mendedahkan hal rumah tangga kepada umum biarpun popularnya Khabib seperti selebriti. Isterinya adalah miliknya seorang, bukannya milik awam.

Tanpa disedari, lawatannya ke sana turut diburu media. Ketika mereka baru keluar dari Masjid Besar Sheikh Zayed, datang sekumpulan wartawan dari akhbar Al Ittihad mendekati mereka.