• teroka sains
  • WhatsApp Image 2023-09-17 at 9.26.58 AM (1)
  • WhatsApp Image 2023-09-17 at 9.26.58 AM
  • WhatsApp Image 2023-09-17 at 9.26.57 AM (2)
  • WhatsApp Image 2023-09-17 at 9.26.57 AM (1)
  • WhatsApp Image 2023-09-17 at 9.26.57 AM
  • WhatsApp Image 2023-09-17 at 9.26.56 AM
1

TEROKA SAINS #5 (RINDUNYA NAK TRAVEL LAGI)

Regular price
RM 31.50
Sale price
RM 31.50
Regular price
RM 35.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: TEROKA SAINS

Penulis: DR. WAN FAHMI & DR. NUR ANNIES

Teroka Sains 5: Rindunya Nak Travel Lagi meneruskan  pengembaraan ke 75 buah negara dan terus meneroka pelbagai rahsia alam ciptaan Tuhan yang sangat hebat! Anda akan teruja dengan setiap fakta sains dan informasi negara menakjubkan yang mungkin tidak terfikir dan terlintas di fikiran anda ditulis oleh Dr. Wan Fahmi & Dr. Nur Annies.


"Keluarlah mengembara ke seluruh pelusuk dunia melihat setiap ciptaan Allah yang luar biasa"


Dr. Wan Fahmi Dato' Wan Mohamad Nazrie beroleh ijazah doktor falsafah Ph.D. di dalam bidang Bioinfomatik dan Biologi Pengkomputeran dari The University of Edinburgh, United Kingdom pada tahun 2017. Beliau telah bergraduat bersama-sama isterinya, Dr. Nur Annies pada tahun yang sama. Beliau menjalankan pengajian dan penyelidikan dalam visualisasi RNA-penjujukan (RNA-seq) di The Roslin Institute, Easter Bush Campus. Dr. Wan Fahmi suka membaca fakta dan informasi berkaitan sains, teknologi dan sejarah. Seorang saintis yang bersemangat untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat.

Dr. Nur Annies Abd Hadi merupakan graduan ijazah doktor falsafah ph.D di dalam bidang Epigenetik Bioperubatan dari The University of Edinburgh, United Kingdom pada tahun 2017. Beliau telah menjalankan pengajian dan penyelidikannya di The Queen's Medical Research Institute. Dr. Nur Annies suka fakta dan informasi berkaitan kesihatan, sains dan transformasi diri. Beliau suka membaca buku dan ia adalah kelaziman bagi menambah ilmu pengetahuan yang tidak bertepian. Seorang saintis yang bercita-cita untuk memberi inspirasi kepada generasi muda.