[AHA PUBLICATION] DOA SANG KEKASIH by THE CIK MIMPI
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Muzammil Al-Waqqas, seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya, bukan hanya memiliki paras rupa yang tampan sahaja.
“Khawla, sini nak. Tengok suami kamu.” – Encik Khairul Harisin
“Sekarang Khawla dah kahwin. Puas hati baba?” – Khawla Nur An’nissa
Perkahwinan dibina tanpa kerelaan hati, siapa yang sanggup?
Khawla Nur An’nissa, model terkenal dan seorang gadis yang terlampau dimanjakan dan biasa dibelai dengan kemewahan. Berkahwin dengan Muzammil Al-Waqqas telahpun merubah hidupnya 180 darjah. Lelaki yang beragama? Dia benci gelaran itu! Baginya, rata-rata lelaki yang sebegitu hanya bertopengkan malaikat di sebalik perangai syaitan. Munafik! Dan, lelaki seperti itulah yang telah menjadi pilihan hati babanya iaitu Encik Khairul untuk disatukan dengannya.
“Ceraikan aku. Kita takkan bahagia kalau salah satu pihak terpaksa dengan semua ni.” – Khawla Nur An’nissa
Perkahwinan yang dipenuhi dengan liku dan cabaran buat Waqqas. Rasa sabarnya tidak pernah pudar dalam mendidik Khawla yang degil dan keras kepala. Di sepanjang perjalanan perkahwinan itu juga, Khawla mencuba pelbagai cara agar diceraikan namun Allah itu maha membolak balikkan hati hamba-Nya.
Doa sering diangkat menuju ke jalur langit setiap hari tanpa mengenal erti lelah. Dan siapa sangka doanya dijawab Yang Maha Esa? Hati Khawla lentur dengan izin-Nya.
“Sesungguhnya aku memohon cinta dari-Mu dan cinta dari lelaki yang mencintai-Mu. Akan aku cintai dia kerana-Mu, ya Allah.” – Khawla Nur An’nissa
Saat benci menjadi cinta dan bahtera pun mula berlayar, sudah pasti ada badai yang datang menerpa.
“Kau memang tak nak bagitahu Khawla?” – Hadif Zulkarnain
“Aku tak nak dia tinggalkan aku kalau dia tahu, Hadif.” – Muzammil Al-Waqqas
Bagaimanakah jika Khawla mengetahui rahsia Waqqas? Adakah isterinya itu akan berubah kembali seperti dirinya yang lama? Akan hilangkah rasa kasih dan cinta wanita itu buat dirinya selama ini?
Satu persatu ujian menimpa mereka. Khawla yang sedang berada dalam fasa hijrah, diuji pula dengan satu peristiwa hitam. Dan pada akhirnya, peristiwa itu membuatkan dia ingin lebih dekat kepada Allah.