• JUN(332)
  • 492189738_996196472491432_6333221297188769529_n1
  • 492189738_996196472491432_6333221297188769529_n
1

[AHA PUBLICATIONS] BEKAS KEKASIH by SHAZ SUFIY

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

BEKAS KEKASIH


“Siapa sebenarnya Ratna tu?” 
 Tangan Afan terhenti dek suara serius Marina. 
 “Mana kamu jumpa dia?” 
 Tangan Afan yang mahu menarik pinggan lebih rapat ke dadanya ditahan oleh Marina. Afan mengeluh berat melihat muka Marina sedang serius menandakan setiap soalannya perlukan jawapan.
 “Ez kawan orang.” 
 “Betul kawan?” soal Marina dengan kening terjongket curiga. Tunak matanya menatap wajah Afan Nashriq, anak buahnya yang dijaga berbelas tahun lamanya.
 “Kenapa ni, ucu?” Afan bertanya lemah. Lain benar cara Marina bertanya.  
 Marina senyum segaris. Kuat rasa hatinya merasakan Afan dan Ez bukan sekadar berkawan.  Tengok sahaja cara Afan pandang Ez dan senyuman Afan yang berbunga-bunga begitu Marina tahu pasti ada yang istimewa di antara mereka berdua. 
 “Ratna tu budak lagi, Afan. Tengok cara dia pun ucu rasa lain macam sahaja latar belakangnya. Berhati-hati nak membantu orang pun, Afan. Jangan sampai Afan pula sekali hanyut.” 
 “Ucu...” 
 “Nak membantu orang tu perlu dipilih-pilih ke, Marina?” 
 Ayat Afan mati apabila Haji Bahar tiba di dapur dengan ayat membidasnya. 
Marina dikerling dengan hujung matanya dan tempat duduk di sebelah Afan diambil. Segera Marina bangun. Cawan dipenuhkan dengan kopi O panas dan diletakkan di depan Haji Bahar.  
 “Bukan macam itu maksud ucu, abah. Boleh kalau sekadar nak menolong tu tapi banyak lagi saluran lain yang lebih sesuai untuk membantu Ratna kalau betul Ratna nak belajar. Afan ini lelaki, Ratna itu perempuan. Apa kata orang kalau nampak Ratna dengan Afan berdua rapat sangat.” 
 Afan hela nafas. Bibirnya dibasahkan. Tidak suka sebenarnya dengan cara Marina mengadili dirinya dan Ez namun disabarkan sahaja hatinya. Tidak mahulah sampai perlu mereka bertekak pula. Lagi pun ada betulnya apa yang merisaukan hati Marina. Afan juga faham.
 “Kenal dulu Ez tu, ucu. Barulah ucu boleh nak adili dia. Lagipun, ucu tak percaya dekat orang ke?” 
 Marina merenung Afan. Sungguh dia kurang senang. 
 “Maksudnya betullah Afan dengan Ratna tu bukan sekadar kawan?”
 Tergeleng kepala Haji Bahar. Faham sangat kalau Marina risau kerana Marina yang membesarkan Afan tetapi baginya Afan sudah cukup dewasa untuk menjaga diri sendiri. Tahu membezakan apa yang baik dan tidak. 
 “Sudah, Marina. Ratna tu tetamu kita. Layan seperti tetamu. Kalau dia perlukan bantuan kita, sebagai saudara seagama kita wajib membantu dia. Jangan mudah kamu nak fikir bukan-bukan tentang dia hanya kerana keadaan luaran dia yang macam itu.” 
 Afan senyum. Lega bila Haji Bahar memahami Afan.
 “Yeah, that’s right, aki! Give me five!” sorak Afan gembira.