• JUN(327)
  • 499297580_1015038983940514_6782048102782009471_n1
  • 499297580_1015038983940514_6782048102782009471_n
1

[AHA PUBLICATIONS] ISTERI PILIHAN SHAH FARREL

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

ISTERI PILIHAN SHAH FARREL


ZARA AILEEN seorang gadis yang sanggup mempertaruhkan masa depannya demi menjaga ayahnya yang sakit. Berbeza dengan kakaknya, Zira Aireen yang menyalahkan ayahnya atas pemergian ibu tercinta. Hanya kerana satu kemalangan yang menimpa kedua ibu bapa Zira Aireen berubah menjadi seorang yang bersosial.

Hari demi hari Zara terpaksa mendengar sindiran dari Zira sahaja.
Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan Zira. Sehinggalah satu kejadian mengubah segalanya. Kerana kejadian itulah Zira menghilangkan diri dan Zara menerima pinangan dari Farrel biarpun dia langsung tidak mengenali Shah Farrel.

“Entah, lepas tengok kau terus perempuan lain dah tak menarik di mata aku. Sebab tulah aku nak ajak kau kahwin.” – Shah Farrel

Namun, siapa sangka ayahnya pergi meninggalkannya setelah dia bergelar isteri Shah Farrel.

Menjadi isteri kepada Shah Farrel diusia muda langsung tidak menimbulkan kesalan dalam diri Zara, malah dia bahagia berada disisi Farrel. Hidup berumah tangga, tidak lari dari ujian begitu juga dengan Zara dan Farrel.

“Pertahankan abang dan abang akan setia di sisi Zara.” – Shah Farrel

“Macam mana kalau abang sendiri yang lepaskan Zara?” – Zara Aileen

“Then, buat abang sampai takut untuk kehilangan Zara. Setia di sisi abang, biarpun nanti ada yang ingin pisahkan kita. Tetap percayakan abang biar apapun yang berlaku.” – Shah Farrel

Saat seseorang dari masa lalunya hadir kembali, mampukan Farrel untuk terus setia disisi Zara?

“Adakah you pilih Zara kerana dia tak ubah seperti I yang dulu? Dia tak ubah seperti Sofea yang pernah you cintai dulu?” – Sofea

Sofea tahu Farrel masih cintakan dia dan dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Shah Farrel.

“Kalau kau terima kerja dengan aku, sekarang juga yang boleh hidup dalam kemewahan dan tak perlu kerja tempat kotor seperti ini lagi.” - Sofea

“Tapi aku rasa, kerja musnahkan hidup adik kandung sendiri lagi kotor dari kerja di tempat macam ni.” – Zira Aireen

Demi kemewahan sanggupkan Zira menerima tawaran Sofea?
Bagaimana dengan hubungan Zara dan Farrel dan siapakah pilihan Farrel yang sebenarnya?