• JUN(333)
  • my-11134207-7rasf-m9i90vjp1ovo331
  • my-11134207-7rasf-m9i90vjp1ovo33
1

[AHA PUBLICATIONS] NOVEL HONEYBEE by MAWARISYA

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

“Tourist?”


“Yes, I am, ma’am. I’m a French tourist. I have to catch my flight so I really need to settle this quickly.”


Patutlah Nurina rasa macam ada yang tidak kena dengan pelancong Perancis yang satu ini. Rupanya memang tidak kena pun! Manakan tidak, jejaka yang mengaku sebagai pelancong di saat-saat getir mereka tempoh hari itu boleh pula tiba-tiba muncul di rumahnya dan mengaku sebagai anak kepada kawan ibunya.


Lain pula ceritanya bagi Megat Hafizul Hanis. Pertemuan semula di antara dia dengan akak Myvi itu menjentikkan satu rasa teruja di dalam dirinya. Apatah lagi apabila dia mendapat tahu bahawa gadis berperwatakan tegas itu sama-sama baru mendaftar masuk ke yang sama tempat Megat Hafizul bekerja.


Sejak kali pertama mereka berdua bertikam lidah di hadapan pintu rumah keluarga Nurina sampailah ke pejabat, Megat Hafizul tidak habis-habis cuba mencucuk jarum. Kata Megat Hafizul, paling kurang berkawan pun jadilah.


Bagi Nurina Nabilah yang sudah cukup serik dengan masa silamnya pula, usaha Megat Hafizul itu sekadar sia-sia. Selagi Megat Hafizul tidak berputus asa untuk berteman dengannya, selagi itu juga Nurina enggan beralah dan menurunkan egonya. Pada Nurina, Megat Hafizul itu tidak lain tidak bukan hanya buaya darat yang mencuba nasib sahaja.


Namun begitu, pergaduhan demi pergaduhan akhirnya membuahkan keakraban di antara mereka lebih daripada teman sekerja. Entah bagaimana, Megat Hafizul dan Nurina disatukan dengan sebentuk cincin. Namun, saat kedua mereka baru hendak menukilkan kisah cinta mereka yang tersendiri… satu rahsia besar akhirnya terbongkar. Tiang seri yang baru diperkukuh mula retak menanti belah.


“Bukan ke saya minta awak percayakan saya hari tu?”


“Hafiz, saya sendiri tak tahu siapa yang saya boleh percayakan sekarang ni.”


Mungkinkah benar bahawa menaruh percaya kepada seseorang bererti bersedia untuk dikecewakan?