[ALAF 21] FUIYOOO...SENANGNYA SAINS! (TG1-3)
- Regular price
- RM 22.10
- Sale price
- RM 22.10
- Regular price
-
RM 26.00
Share
Terbitan: Alaf 21
Penulis: Kipas Hikmat
Hendak belajar Sains perlulah ada roh! Pelbagai cara untuk menarik minat pelajar mencintai Sains. Anda pernah mengunjungi Petro Sains di ibukota? Apa perasaan anda semasa melihat pameran Sains di situ? Rasa seronok tak?
Menarik minat seseorang untuk mencintai bidang Sains ini bukanlah suatu pekerjaan mudah. Penulis sekadar bereksperimen. Adakah Karya ini mampu menarik lebih ramai insan di luar sana sukakan ilmu ini?
Alhamdulillah, Alaf 21 telah memberi sepenuh kepercayaan untuk dipersembahkan isi perut buku ini secara santai dan penuh keceriaan. Lakaran-lakaran kartun dan lukisan-lukisan yang berwarna warni diharapkan mampu memberi sinar dan cahaya buat para pelajar yang hampir berputus asa. InsyaAllah, bukku comel ini boleh membantu anda senyum sampai ke telinga!