[BOOKU] HIS HIDDEN BRIDE 2 by ACIK LANA
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Penulis: Acik Lana
Ini bukan tentang kesinambungan kisah cinta antara kejora dan Aizel Hadrian semata. Tapi juga tentang bagaimana kuasa media sosial mampu 'memerintah' dunia dengan dua akibat. Sama ada menaikkan atau menjatuhkan manusia.
Melalui episod perkahwinan yang penuh indah, Kejora dan Aizel Hadrian teguh meniti hari-hari bahagia bersama. Apatah lagi bila Kejora disahkan mengandung anak pertama. Dalam penantian penuh syukur, penuh teruja, muncul pula dugaan yang tak dijangka.
Bukan satu, bukan dua, malah bertubi-tubi masalah dicampak di antara Kejora dan Aizel Hadrian. Sampaikan Kejora naik fed up, terlalu lelah menanggung semuanya! Namun bila adanya cinta yang terlalu utuh, yang lebih kuat dari apa pun, satu demi satu dugaan berjaya diharungi kerena mereka lakukan bersama.
Cuma tak ada ujian yang lebih menakutkan berbanding pergelutan emosi sendiri. Bila cemburu menguasai, salah faham mengambil alih kewarasan, yang teguh perlahan-lahan menggoyah. Yang terbina sempurna juga mula berantakan. Aizel Hadrian parah terluka, Kejora pula jauh lebih menderita.
"You were crying for him! And I was looking for you like a madman. Do you even know that? " - Aizel Hadrian
Kejora buntu. Dia tak faham kenapa Aizel Hadrian perlu cemburu dengan seseorang yang langsung tak pernah mencuri hatinya. Sumpah, tak pernah terlintas yang cintanya mampu teralih kepada lelaki lain. Dan salah faham anatar mereka semakin berbelit, semakin sulit bila dendam-dendam silam mula datang menuntut pembalasan keras.
Mereka berdua kian bergelut, berhempas pulas cuba menyelamatkan apa yang hampir terkorban sehingga perkahwinan sendiri tak ubah seperti telur di hujung tanduk. Siapa sangka cinta yang terlalu mendalam mungkin terpaksa dipadam demi meraih "rasa selamat'? Dan Aizel Hadrian rela mati seorang diri asalkan isteri dan anaknya terus bernafas.
"I tak boleh biarkan musuh-musuh I tahu siapa orang yang penting dalam hidup I. I love you , Kejora. I would burn everything down just to keep both of you safe!" - Aizel Hadrian.
Tapi Kejora tetap tegas menolak perpisahan yang hanya akan menghancurkan diri mereka berdua. Jadi di mana titik noktah yang patut diletakkan? Adakah cinta agung ini memang harus dikorbankan? Atau ada laluan lain yang mampu menemukan Kejora dan Aizel Hadrian dalam garisan yang sama?
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product