• asrama 2
  • jj_202301181633_0001 - Copy (2)
  • photo_2023-01-19_15-57-09
  • photo_2023-01-19_15-57-09 (2)
  • photo_2023-01-19_15-57-09 (3)
1

[BUKU FIXI] NOVEL FIKSI ASRAMA 2 - MUHAMMAD FATRIM

Regular price
RM 22.41
Sale price
RM 22.41
Regular price
RM 24.90
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: BUKU FIXI

Penulis: MUHAMMAD FATRIM


"Aku ada cara supaya entiti tu munculkan diri dia. Aku rasa mau buat lepas off light nanti," Dahlia memberitahu.

"Kau cakap apa, Dahlia?" tanya Maria.

"Semalam aku nampak sepasang tangan bermain di para koridor, Maria," Ira memberitahu.

"Aku pula sebelum ni nampak bayang entiti hitam lengkap macam yang aku kasitau sebelum ni. Jadi kami tengah keliru, macamana benda tu boleh tanggal-tanggalkan badan dia," Dahlia menambah, kemudian terbang ke atas loker lalu menggoyang-goyangkan kakinya dengan gembira.

"Jadi, kau mau mengumpan benda tu keluar?"

"100 markah untuk kau Maria!" Dahlia menepuk tangannya.

"Dan yang bijaknya, kamu semua cakap benda ni secara terbuka macam ni. Ingat benda tu ndak bijak? Dia tahu kita ada di mana, Dahlia. Sebab tu dia sembunyikan dirinya," Maria memberikan pendapatnya.

"Aku ndak kasitau lagi cadangan aku, Maria. Yang tu aku akan bisik nanti. Aku tahu dan faham maksud kau tu. Jangan kau bimbang."

Di luar tingkap koridor bahagian belakang, sepasang tangan terhendap-hendap memandang Dahlia, Ira dan Maria yang bercakap di dalam bilik 404. Para pelajar lain sedang menjalani waktu prep di bawah asrama. Dia dengar dengan teliti setiap percakapan Dahlia dan kawan-kawannya dan tahu entiti sedia ada dalam asrama itu tidak senang dengan kehadirannya. Tapi, baginya, di mana Lily berada di situ juga dia perlu berada. Dia tiada masa untuk bersua kenal dengan sesiapa pun. "Aku ndak macam kamu," bisiknya sendiri dan perlahan-lahan beransur pergi. Dia masih belum aman, masih belum mengetahui siapa pembunuh dirinya. Dia masih belum puas hidup!

"Jom kita mengacau budak escape prep?!" cadang Ira dengan sedikit bersemangat.

Itu memang sebahagian tugas mereka. Mereka faham, bukan semua pelajar suka menjalani prep. Ada yang lebih suka tidur di dalam bilik sendirian atau bersama teman. Budak asrama, memang begitulah. Ada masanya mood rajin di bilik belajar, ada masanya pula sangat-sangat malas mahu membuka buku. Tapi, itu bukan alasan untuk tidak belajar dan tidak berada di bilik prep.

"Aku kenal satu budak ni. Jom!" Dahlia dengan gembiranya terbang menuju ke pintu.

Pap!

"Dahlia... kan aku dah cakap, itukan dinding dulu. Pintu sebelah sini. Macamanalah kau ndak menakutkan orang lain ni, Dahlia... Dahlia... adeh mandak...." Maria membebel.

"Aku selalu lupa ni. nanti aku praktis la bah..."

"Dahlia, Dahlia... Aku rasa birthday malam ni kau jangan datanglah. Kesian nanti budak tu beli kek mahal-mahal ndak sempat makan sebab terkejut kau terlanggar pintu dorang ni."

"Malam ni ada birthday kah? Aku ndak tau pun."

"Alamak! Menyesal aku kasitau kau. Haish! Mesti kau pigi mengacau dorang lagi malam ni."

"Yeayyy! Lepas aku sambut birthday tu la kita kasi jalan tu projek. Aku mau happy-happy dulu. Tiup lilin nyanyi lagu harijadi... happy birthday to you... happy birthday to you..." Dahlia girang macam biasa.

Maria pandang Dahlia. Dia suka lihat Dahlia senyum begitu. Dia gembira penderitaan kawan baiknya itu telah berakhir. Hari yang berulang-ulang selama lima tahun dulu itu telah berada di titik noktahnya. Dahlia telah mendapat satu kebenaran. Kebenaran yang sememangnya pahit untuk diterima. Tapi sampai bila dia harus bersembunyi demi memenangkan sebuah kepalsuan?

Daripada para koridor tingkat dua asrama itu, Dahlia, Ira dan Maria memandang seorang pelajar yang terhendap-hendap di luar bilik prep.

"Belum lagi jam 10 sudah mau escape. Awal lagi, baru jam 9," Ira membuka suara.

"Kau tahu dia mau buat apa naik atas? Dia mau makan lepas tu tidur ikut suka," Dahlia menyampuk.

"Mau kacau tak?" Maria bertanya,

"Kita ni bukanlah kejam sangat, Maria. Kita gi dia makan kenyang-kenyang dulu. Lepas tu, baru show time! Biar gigil dia di bilik tu," Dahlia respon.

"Kalau histeria nanti kita ketuduhan pula," Maria bimbang.

"Apanya histeria, pengsan tu budak ndak sempat berteriak," Dahlia yakin.