• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • kiamat
  • lkk_202301181634_0001 - Copy
  • nnn_202301181635_0001 - Copy

[BUKU FIXI] NOVEL FIXI KIAMAT - IZHAR RUSLAN

RM 16.92
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: BUKU FIXI

Penulis: IZHAR RUSLAN


Tamim membawa harapan ibunya saat dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. malangnya dia terjebak dalam kegiatan sebuah kongsi gelap antarabangsa kerana cintanya pada Rukiya. Selepas beberapa tahun bergelumang dalam dunia jenayah, Tamim pulang ke Malaysia kerana mendapat berita ibunya sedang sakit tenat.

Jalan hidup Tamim semakin sukar saat dia dikhianati dan kemudian dipenjara selama lima tahun. Di penjara, perkenalannya dengan Pak Cik Ismail Chin setelah kematian emaknya membuatkan Tamim berubah menjadi seorang manusia yang kembali mendekati Tuhan.

Pembebasan Tamim membawa dirinya berhijrah ke Kuala Lumpur. Hidupnya berubah sekali lagi apabila dipertemukan dengan seorang anak kecil bernama Damia yang diabaikan kedua orang tua, serta kemunculan seseorang yang mengingatkan Tamim akan masa silamnya yang hitam.


PETIKAN BAB 13


Jam tangan menunjukkan pukul 8:15 pagi. Saya dan Damia sedang setia menunggu tren untuk ke Masjid Jamek. Hari ini saya bawa Damia bersama. Saya tidak berhajat untuk menghantarnya pulang ke rumah Rashid setelah apa yang berlaku semalam. Damia akan saya jaga seperti anak sendiri. Susah senang, saya akan tetap menjaganya.

Kami sama-sama duduk di atas sebuah kerusi besi berwarna krim. Damia sedari tadi tidak melepaskan tangan saya dan saya hanya tersenyum melihat telatahnya. Kakinya yang kecil tidak menginjak lantai lalu dibuai-buai sambil mulutnya menyanyikan lagu yang saya sendiri tidak pernah dengar. "Nana.. naa naa. Nanana .... nanananaaa"

"Takkan Guns N' Roses kot?" getus saya. "Sayang nyanyi lagu apa tu?" soal saya sambil memandang wajahnya.

"Hik hik." Damia tersenyum sambil menutup mulut. Wajahnya yang putih mulus sedikit kemerahan menahan malu.

Saya tersenyum sambil hairan. Telatah kanak-kanak memang begitu agaknya. Sesekali saya lihat papan tanda yang memaparkan waktu perjalanan LRT. Kurang dari lima minit gerabak seterusnya akan sampai. Orang di sekitar sudah mulai ramai. Saya dan Damia harus segera masuk. Saya tidak bimbang pada diri saya kerana saya kuat dan gagah, saya mampu berdiri selama dua jam jika terpaksa.

Tetapi Damia perlu mendapatkan tempat duduk. Dia tidak kuat seperti saya. Tubuhnya masih kecil dan lemah.

Kelihatan orang ramai sudah mula berkumpul. Ini menunjukkan gerabak LRT akan tiba. Saya memimpin tangan Damia dengan erat agar tidak terlepas dan hilang dari saya. Dan saya rasa ini pertama kalinya dia menaiki kenderaan yang dipanggil LRT. Terjengket-jengket kakinya menunggu LRT tiba.

"Mia, kita nak naik ular besi ni tau?"

"Haa, ular? Aaaa tanak... Mia takut!"

"Hehe Acik Mim main-main jelah."

"Takut..." ujar sambil mencebik.

Saya mendukung Damia agar langkah kami lebih pantas dan dapatlah saya merebut tempat di dalam perut tren nanti. Percaturan saya memang bijak. Kami berdua berjaya mendapatkan kerusi yang kosong. Tren dipenuhi warga kota yang mahu ke pejabat. Ada yang selesa meragas palang monyet, ada yang selesa bersandar di tiang. Duduk di atas kerusi merupakan satu keselesaan untuk saya dan Damia.

Damia berpaling menghadap cermin kaca besar di belakang. Dia begitu teruja melihat pemandangan sekitar, tidak pasti apakah tren yang bergerak atau pokok-pokok di luar sana. Hendak dibilangnya semua pokok yang dia lihat tetapi perbuatan itu saya anggap sia-sia. Tapi saya biarkan saja kerana dia sedang belajar sesuatu.

"Stesen berikutnya, Bandaraya. Next station, Bandaraya."

"Eh cape cakap tu?" soal Damia sambil terpinga-pinga.

"Ha, itu suara girlfriend Acik Mim."hehehe

"Girlfriend tu apa?"

"Girlfriend tu kawan perempuan."

Your cart is currently empty.
Continue shopping