• 132 langkah
  • photo_2024-03-10_16-43-12 (2)
  • photo_2024-03-10_16-43-12
  • photo_2024-03-10_16-43-11 (2)
  • photo_2024-03-10_16-43-11
  • photo_2022-12-08_09-31-11
  • photo_2022-12-08_09-31-07
1
SALE

DEFECT - [CRESCENT] 132 LANGKAH PENYUCIAN JIWA

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: CRESCENT

Penulis: ASY-SYAHID DR MUHAMMAD SA'ID RAMADAN AL-BUTI


Sesungguhnya terjemahan siri bimbingan tazkiyyat-ul-anfus (penyucian jiwa) oleh al-Imam asy-Syahid asy-Syeikh Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti ini adalah sangat tepat pada masanya. Nasihat dan olahan beliau sangat bersifat mu'asarah (kontemporari), berfokus dan lahir sebagai tindak balas penuh tanggungjawab beliau terhadap gelombang kebendaan dan ideologi di zaman ini.

Semoga Allah merahmati dan mengangkat setinggi-tinggi darjat asy-Syeikh al-Imam Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti atas segala perjuangan ilmu dan dakwah beliau bagi memandu dan memimpin umat keluar daripada kerosakan zaman dan gelombang ideologi kebendaan yang memusnahkan.

- TUAN GURU HAJI ZULKIFLI HAJI ISMAIL


PELAJARAN 32 

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENUTUPI LAGI MENYUKAI SIFAT MENUTUPI


Jika seseorang melihat orang lain melakukan maksiat lalu dia mengehebohkan kejadian tersebut kepada orang ramai, maka dia telah merobek kehormatan golongan mukmin. Perbuatan merobek kerhormatan golongan mukmin merupakan tindakan yang mencemar kesucian Allah, kerana Allah SWT menyuruh agar menutupi perbuatan dosa.

Tiada perbezaan antara saya dengan saudara saya, kerana kesungguhan dalam menutupi kesilapan sendiri sepatutnya sama seperti kesungguhan dalam menutupi kesilapan orang lain.

Memuliakan kehormatan golongan mukmin adalah tanda seseorang itu mengagungkan kesucian Allah, manakala merobek kehormatan golongan mukmin adalah tanda seseorang itu memandang remeh kesucian Allah SWT.

Oleh itu, jika ada orang gemar berbicara atas nama Islam, menampilkan kesungguhan dalam amal agama dan penerapan syariat Allah, namun dia menjadikan mengumpat sebagai bahan penyedap rasa dalam kebanyakan majlis, maka dia sebenarnya seorang pembohong yang sedang mempergunakan Islam untuk kepentingan dirinya. Jika dia ikhlas memelihara kesucian Allah, maka dia pasti akan memelihara kehormatan hamba-hamba Allah.

Sebaliknya, orang yang benar-benar ikhlas akan menjaga kehormatan saudaranya ketika ketiadaan orang tersebut dan menasihat saudaranya itu ketika menemuinya. Ini ialah tanda kejujuran, keikhlasan dan takwa yang sebenar.


PELAJARAN 33 

ORANG TAMAK SELALU RUGI

ORANG TAMAK SENTIASA HINA


Sifat tamak adalah keghairahan dalam hati seseorang untuk menambah harta dan keseronokan hidup. Sifat ini mendorong manusia mencari harta dan keseronokan hidup. Sifat ini mendorong manusia mencari pelbagai jalan dan helah untuk mencapai matlamatnya sehingga menyusahkan orang lain. Justeru orang sebegini akan sentiasa dalam kehinaan.

Apakah kesudahan bagi orang yang tamak?

Kesudahannya ialah dia tidak akan memperolehi apa-apa. Hal ini demikian kerana dia akan cuba mencapai matlamatnya bukan dengan cara yang sepatutnya.

Orang yang berusaha dengan cara yang betul akan mendaki selangkah demi selangkah anak tangga sehingga berjaya, manakala orang yang tamak pula akan melirikkan pandangan dan perhatian pada tahap permulaan, maka dia akan mudah terjatuh dan tidak memperolehi apa-apa.

Atau dia terus memanjat dinding dengan melakukan perbuatan seperti mencuri, merompak atau mengambil dan menerima rasuah. Walaupun begitu, kesudahannya juga tidak akan memperolehi apa-apa.

Alangkah kerapnya kita melihat fenomena seperti ini. Seorang yang asalnya senang dan dipermurahkan rezeki oleh Allah, lalu dia memasang angan-angan dan impian yang menyebabkan dia akhirnya umpama apa yang dikejar tak dapat, apa yang dikendong berciciran.