• 6 puteri
  • photo_2022-09-08_12-48-31
  • photo_2022-09-08_12-48-31 (2)
  • photo_2022-09-08_12-48-31 (3)
  • photo_2022-09-08_12-48-31 (4)
  • photo_2022-09-08_12-48-31 (5)
  • photo_2022-09-08_12-48-32
  • photo_2022-09-08_12-48-32 (2)
  • photo_2022-09-08_12-48-32 (3)
  • photo_2022-09-08_12-48-32 (4)
  • j_202208231133_0001
1
SALE

[EDUKID] KISAH 6 PUTERI - Buku Kanak-kanak

Regular price
RM 22.41
Sale price
RM 22.41
Regular price
RM 24.90
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: EDUKID


ISI KANDUNGAN

Puteri Salji

Si Cantik dan Si Hodoh

Alice di Taman Fantasi

Putera Katak

Gadis Berhud Merah

Cinderella


PUTERI SALJI

Suatu masa dahulu, ada seorang permaisuri yang mahu menjadi wanita paling cantik di dunia. Dia sangat cemburu dengan anak tirinya,Puteri Salji. Menurut cermin ajaibnya, Puteri Salji adalah wanita yang paling cantik. Tiada siapa dapat menandingi kecantikannya.

Suatu hari, permaisuri mengarahkan askarnya membunuh Puteri Salji. Askar tersebut membawa Puteri Salji ke dalam hutan tetapi dia tidak membunuhnya. Dia meninggalkan Puteri Salji seorang diri di dalam hutan lalu pulang menemui permaisuri.

Askar itu memberitahu permaisuri bahawa Puteri Salji sudah tiada lagi. Di dalam hutan, dia terjumpa dengan tujuh orang kerdil lalu tinggal bersama mereka.

Suatu hari, permaisuri mendapat berita bahawa Puteri Salji masih lagi hidup dan tinggal di dalam hutan. Dia menyamar seorang wanita tua dan membawa epal untuk dijual. Dia mengetuk pintu rumah orang kerdil.

Apabila Puteri Salji membuka pintu, permaisuri memberikannya sebiji epal beracun. Puteri Salji menggigit epal itu dan terus rebah.

Apabila orang-orang kerdil pulanng, mereka mendapati Puteri Salji terbaring di atas lantai.

Orang-orang kerdil sangat sedih. Mereka meletakkan Puteri Salji di dalam sebuah keranda kaca. Pada masa yang sama, lalu seorang putera raja.

Apabila putera raja melihat kejelitaan Puteri Salji, dia segera mendapatkannya. Perlahan-lahan, Puteri Salji membuka matanya.

Semua orang kerdil berasa gembira. Mereka berterima kasih kepada putera raja. Puteri Salji mengikut putera raja pulang. mereka berkahwin dan hidup bahagia.