• bahagia
  • lk_202212281204_0001 - Copy (2)
  • photo_2022-12-28_12-21-13
  • bvc_202212281205_0001 - Copy (2)
1
SALE

[FAJAR PAKEER] BAHAGIA MILIK AKU - SYU ARIANI

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: SYU ARIANI


Kadang-kadang satu keadaan boleh bawa kita pada kebahagiaan yang sejati. Kadang-kadang satu niat buruk boleh bawa kita pada keikhlasan yang tak bertepi. Namun, jika tersilap haluan bersedialah membawa ke neraka dunia.

York menjadi saksi Akif dan Syadha bernikah tanpa rasa cinta, York juga menjadi saksi mereka saling jatuh cinta. Namun sekembalinya ke Malaysia.

“Nur Syadha Alani... I’m proposing to you to be my wife. My real wife.” – AKIF HAYYAN

Dalam pada hati tak rela, Syadha menuntut perpisahan. Tetapi dia tersilap haluan. Perpisahan dengan Akif telah membawa Syadha kembali ke jalan mati, yang selama ini mahu dia jauhi.

Keluarga yang sewajarnya menjadi tempat untuk berlindung, keluarganya juga yang tak sudah-sudah menghentam dengan setiap kata dan perbuatan. Sungguh, setiap detik yang berlalu begitu menyeksakan apalagi tanpa Akif di sisi!

“Demi Allah, aku rindu kau sangat-sangat, Kif.” – Nur Syadha Alani
“Aku rindu kau juga. God, I miss you like crazy.” – Akif Hayyan

Syadha enggan melepaskan Akif. Lelaki itu ialah bahagia miliknya, yang takkan sesekali dia lepaskan. Tak kiralah tentangan daripada keluarganya atau terbongkarnya rahsia yang selama ini dipendam, Syadha nekad untuk pertahankan kebahagiaannya.

“Just lie to me. Shower me with your lies. Aku rela dibohong kau.” – Akif Hayyan

Benarkah ada sinar bahagia sebegitu yang menantinya? Bukankah hidupnya tidak bernilai, lahirnya membawa sial seperti yang diracun di fikirannya sejak dilahirkan?

“Sedar sikit kau tu anak tak dirancang. Aku tak nak kau, tapi kau tetap lahir juga! Cuba buat perangai elok sikit, jangan menyusahkan aku! Anak derhaka! Menyesal aku lahirkan kau!” – Puan Siti

Cinta dan keluarga… Syadha mahu memiliki kedua-duanya. Masih adakah cinta Akif buat Syadha, setelah Akif tahu kisah sebenar? Dapatkah Syadha merasakan hatta secebis kasih sayang daripada keluarganya?

Ketika nadi memisahkan, hati tak pernah berhenti merindui. Ketika jasad berjauhan, jiwa tak pernah berhenti menyeru namamu.

__________________________________________________________

MEMANDANG Puan Hamizah dan Tuan Ahmad, Syadha tak dapat tahan diri daripada mengukir senyum. Mereka hanya duduk serumah untuk beberapa bulan, sebelum terpisah bilamana Syadha menyambung pengajian ke University of York. Kata Elis tadi, Puan Hamizah ada menghubungi Syadha jadi Elis terus beritahu Syadha ada di sini.

Syadha ingat lagi, dahulu dia marah sangat dijodohkan dengan Tuan Ahmad namun kemudian, dia tahu satu perkara.

"Setiap kali Kak Ija balik kampung, Kak Ija dengar orang kampung bercerita pasal Syadha. Tak tahu kenapa, hati Kak Ija rasa tersentuh setiap kali mereka sebut-sebut nama Syadha. Syadha yang baik, pandai dan rajin tapi mak Syadha pilih kasih, asyik puji kakak dan abang. Bila cakap pasal Syadha, mak Syadha kata Syadha cuma bagus hal-hal uruskan rumah aje. Dia dah rancang nak kahwinkan Syadha cepat-cepat, siap minta orang kampung carikan calon untuk Syadha."

Waktu mendengarkan cerita itu, dah tak terkira berapa kali jantung Syadha dirobek ibu sendiri. Betapa Puan Siti tidak menyenangi dia, sampaikan dia canang pada seluruh kampung untuk lepaskan Syadha.