• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • Untitled design(123).png
  • 9789838221627.jpg
  • fp446.jpg
DISCOUNT 15%

[FAJAR PAKEER] - DARI KANVAS PUTIH by USAKO PRINCESSZ

RM 23.80
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

TERBITAN: FAJAR PAKEER

PENULIS: USAKO PRINCESSZ

Di balik cantingan berus nyatuh yang menari, menjadi saksi cinta yang lama terabadi Obsesi! Jumud! Dakar! Tiga kata pemeri bagi pemilik tubuh genit bermata bundar itu. Tanpa sekelumit lelah dan mengah, dia terus mengejar sang teruna idaman dengan sejuta lagam dan ragam. 

“Nun nak buat kejutan. Nun nak masuk melamar abang,” – SITI HANUN HIDAYAH 

Bola mata jejaka itu membuntang luas. Tingkah Hanun luar biasa. Memecah adat yang menjadi warisan. Dia yang sudah punya pilihan mula rimas dan lemas. Amaran demi amaran terus diberi. Namun, Hanun tekal memburu.

 "Berapa kali abang nak beritahu? Susah bercakap dengan orang berkepala batu ni. Tak faham-faham! Abang penatlah Nun, serius penat dengan perangai terhegeh-hegeh macam ni!” – TAUFIQ AL NAFIZ 

Umpama pisau wali tajam yang menyobek kayu, kata-kata yang terpacul itu menusuk hingga ke relung hati. Hanun terluka teruk. Pedih! Darah yang membuak tak terzahir dengan pandangan majazi. Dia nekad untuk pergi.

Muncul jejaka manis yang sudi membalut rawan. Namun, kala hati si gadis mula terawat, Nafiz pula yang gila bayang. Kelibat Hanun yang tiba-tiba menghilang serta panggilan yang sepi tanpa khabar membuatkan jemarinya mula kaku. Obsesi kini berubah menjadi inspirasi. 

Rindu yang bertandang menyelubungi nubari. Namun, hikmahnya aturan yang menjadi belenggu hidup sekian lama berjaya dinyah jauh ke lautan. Dia bulat hati untuk mengejar semula cinta Hanun. 

Tetapi…. Berbaloikah dia yang mengorbankan cita demi cinta? Bila kejujuran cuba dinafikan, mampukah hati untuk terus berpura-pura? Sekeping kanvas putih yang telah ternoda dengan rona, takkan mampu dimurnikan semula. 

Sama seperti papan yang telah tembus dengan silatan ukiran takkan boleh menjadi licin dan rata bak asal kejadiannya.


Your cart is currently empty.
Continue shopping