• 9789838223300
  • 202506111449_0023
  • 202506111449_0024
1

[FAJAR PAKEER] FARREL'S BOO by NABILLSS

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

TERBITAN : FAJAR PAKEER

PENULIS : NABILLSS


Dia bagai dedaun luruh, luka namun tetap indah. Dia pula seperti ais kutub, dingin dan mematikan. Bertemu bukan kerana mahu, tapi tapi kerana takdir yang mempermainkan.

Dia, tidak pernah meminta untuk menjadi kuat. Tapi suratan hidup telah meletakkannya di titik ini sebagai benteng terakhir untuk adik-adiknya.

Hidupnya yang tenang berubah dalam sekelip mata, direntap oleh kehilangan yang tidak sepatutnya berlaku. Kesakitan itu membuak menjadi kesumat, lalu satu nama mula menyesakkan dadanya, setiap kali dia cuba menarik nafas.

Adik saya mati sebab awak!” —Aisy Melina

Dia, lelaki bermata kelam dan berwajah seperti diukir arca. Tajam, memukau, tetapi terlalu beku untuk disentuh. Sejak kehilangan ayahanda tercinta, dia membina tembok keluli dalam dirinya. Dibesarkan dalam bayang-bayang The Melviano, Khalaf sudah biasa hidup dengan dunia neraka ciptaan manusia.

“I won’t forgive and forget.” —Khalaf Farrel

Perkenalan mereka lahir daripada tragedi, tapi perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih rumit. Tiada siapa pernah percaya Khalaf mampu menyimpan nama seseorang di hatinya.

Dia ada hati ke?

Sekuat mana pun Khalaf Farrel, dia tetap punya titik rapuh. Di balik wajah tanpa gentar itu, tersembunyi kelemahan yang mampu meruntuhkannya. Aisy, dan keluarga. Sentuh mereka… maka dunia akan melihat sisi Khalaf yang tak pernah mengenal ampun.

Di saat bahagia yang mereka lalui, muncul satu rahsia yang menyayat luka. Kebenaran itu datang bukan sekadar mengubah jalan cerita, tapi menggoncang seluruh hidup mereka

Kesabaran Khalaf teruji. Tapi mampukah dia menerima kebenaran itu? Marah yang dikumpul, siapakah akan menjadi sasarannya?

Aisy? Ibunya? Atau… ada bayangan lain yang selama ini hanya menunggu masa untuk menghancurkan mereka dari dalam?

“He chose you. And you need to know, belonging to Farrel means no harm will ever come to you.”