• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 2.png
  • 202205231558_0001 (3).jpg
  • 202205231558_0002 (3).jpg
DISCOUNT 15%

[FAJAR PAKEER] - JANGAN TINGGAL AKU by SUHAILAH SELAMAT

RM 24.65
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

TERBITAN: FAJAR PAKEER

PENULIS : SUHAILAH SELAMAT


Kau mengajarkanku mengenal cinta sehingga membuatkan aku benar-benar jatuh cinta, tetapi tidak cara untuk berhenti. Setiap pertemuan ada rencananya sendiri. 

Setiap pertemuan selalu membawa kita ke destinasi yang lain. Pertemuan itu juga membawa kepada sebuah kisah cinta. Tetapi, tidak semua pertemuan itu indah belaka. Bagaikan buku bertemu dengan ruas, buat pertama kalinya, Isabel bertemu dengan seseorang yang level mulutnya hampir sama dengan dia! Siapa lagi kalau bukan detektif sotong itu! 

“Awak cuba nak rompak saya ke?”- ISABEL 

“Lebih baik aku pergi rompak bank. Bank banyak duit! Kau pula banyak mulut!”- DETEKTIF AD 

Kepulangan Arshah ke Kampung Villa Aman untuk memburu si pencuri licik The Stone Thief telah menemukannya dengan Isabel. Setiap kali bertemu, perang mulut pasti akan berlaku. 

Hubungan Arshah dan Isabel yang mulai rapat, berantakan lantaran sumpahan Sari Cempaka yang mengatakan mereka tidak boleh bersama. Jika tidak, nyawa Isabel menjadi galang-gantinya. Namun hubungan yang cuba dipertahankan dalam sekelip mata musnah angkara satu fitnah. Bersama luka dalam hati, 

Arshah pergi membawa diri. Isabel pula terjerumus dalam satu kejadian hitam yang telah merubah hidup gadis itu buat selama-lamanya. Pertemuan yang tidak dijangka, dalam situasi yang berbeza telah menghidupkan kembali perasaan yang hampir layu itu. 

“Jika ada jodoh, kita akan bertemu lagi, Is. Walaupun sebagai adik dan ipar.” – ARSHAH 

Mampukah Arshah menggunakan kebolehannya untuk menamatkan sumpahan yang membelenggu dirinya dan Isabel? 

Siapa sebenarnya Detektif Ad? Siapa pula Sari Cempaka sehingga mereka harus akur pada sumpahan wanita itu? 

Wujudkah istilah cinta kedua jika hati pernah dikhianati? Mungkinkah cinta yang pernah dizalimi mampu diubati dengan hanya ungkapan maaf atau memilih melepaskan sisa rasa yang menyakitkan.

Your cart is currently empty.
Continue shopping