• 1
  • 2
1

[FAJAR PAKEER] - MISTERI ITU DIA by ASMIROSE

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

TERBITAN : FAJAR PAKEER

TAJUK : MISTERI ITU DIA

PENULIS : ASMIROSE


Mysterious is his middle name. 

Dia wanita yang tidak mendambakan kesempurnaan. Melakar bahagia dengan si kumbang impian. Jauh sekali daripada kamus hidupnya. Tapi saat takdir sudah siap tercatur, siapa dia hendak melawan? Tidak pernah hatta sesaat pun terlintas di benaknya untuk dimiliki oleh jejaka seperti itu. 

“Saya cuma nak awak ikhlas.”- ARYANA FAZRINSYAH 

“Saya tahu kita tak rapat sangat. Tapi saya akan cuba buat awak rasa dihargai. Buat awak rasa selamat di sisi saya."- SYED KYLE CAIRO 

Diberikan layanan tulus daripada si dia, hati wanita mana yang tidak akan tersentuh? Setiap tingkahnya membibitkan perasaan halus dalam sanubari Aryana. Tetapi lelaki seperti Syed Kyle Cairo adalah terlalu misteri dan membingungkan. Sering kali mengelak apabila kisah silamnya disentuh. Sehinggalah… 

“Don’t bother me if you don’t want me to kill your breath tonight.” 

Bungkam. Lelaki itu muncul dengan lelaki versi baharu. Tragedi berdarah itu telah mengubah seratus peratus kehidupan Aryana. 

Haru hidup Arya dibuatnya. Ada sahaja yang tidak kena membuatkan gelanggang debat sentiasa terbuka. Tapi kalau sudah namanya Aryana Fazrinsyah, cengeng macam mana pun tetap tidak mahu mengalah. 

“Bukan semuanya boleh dipercayai. Kadang yang kita ingat kawan kita tu, sebenarnya ialah musuh kita.” 

Darah yang menitis memperjudikan nyawa. Persoalan tergantung begitu sahaja. Kesabaran Aryana asyik tercabar apabila misteri yang ingin dirungkai semakin sulit untuk dileraikan. 

Tatkala bayang hitam mulai menghantui, mampukah sekeping hati itu akan terus bertahan? 

Atau memilih untuk berpaling ketika semuanya terjawab? 

Ada janji lama yang terkubur begitu sahaja. Ada teka-teki yang harus diselesaikan. Memori yang berkecai seribu harus dicantum semula walaupun mereka tahu ada jiwa yang terpaksa dilenyapkan.