• my heart
  • lk_202212281204_0001 - Copy
  • photo_2022-12-28_12-37-17
  • bvc_202212281205_0001 - Copy
1
SALE

[FAJAR PAKEER] MY HEART WITH YOU - NOVEL MELAYU

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: ANITHSYA


Kemanisan yang memeritkan atau kepahitan yang membahagiakan.  Ada cerita kita yang penuh dengan konflik. Ada plot mereka yang terpedaya dengan tipu helah. 

Berbekalkan dengan memori yang palsu, Adra Delisha bergelut dengan pelbagai kejadian yang bermula apabila dia termasuk ke alam bunian tanpa sedar dan bertemu dengan seorang jejaka bernama Amar Solehin.

“Pertemuan kita bukan realiti sebenar, Abeer.” – Amar Solehin.

Walau bagaimanapun, satu demi satu rahsia yang disimpan selama ini terbongkar. Amar melepaskan Adra untuk pulang ke dunia asalnya.

Tamat satu konflik, Adra terpaksa berhadapan dengan konflik yang lain. Tatkala tercetus pertengkaran yang berlaku di antara Adra dan suaminya, Nurhan Amin, kemalangan yang telah menimpa Adra mengakibatkan Adra koma.

Sepanjang tidak sedar, pita memorinya memutarkan memori lampau. Memori ketika dia bertunang dengan kawan karibnya sendiri, Haikal.

"Sepanjang kita bertunang, aku tak nak kau jumpa aku atau kita berjumpa di mana-mana. Kalau pun kita terserempak, aku nak kau jangan tegur aku, jangan lambaikan tangan pada aku. – Adra Delisha.

Itulah syarat yang pernah diberi kepada Haikal sepanjang pertunangan mereka. Namun,  kehilangan Adra tujuh tahun yang lalu tiba-tiba menjadi teka-teki sebaik saja Adra mendapat serba sedikit maklumat di dalam komanya.

"Dialah punca segalanya, Abeer."

Mampukah dia membongkar segala kekeliruan tersebut dan mengetahui apa yang dipegang erat oleh seseorang? Bakal bersinarkah kisah cinta  mereka satu hari nanti?

Aku, kamu dan mereka, setiap orang akan mengharungi liku-liku kehidupan yang membuat kita memilih walhah sungguh mudah sebuah kisah cinta musnah jika dicampuri oleh anasir yang kotor.

__________________________________________________________

HAIKAL duduk di sofa sambil berpeluk tubuh. Afikah, Nabila dan Sarah yang duduk di sofa panjang merenung Haikal dengan ekspresi penuh tanda tanya. Aku muncul ke ruang tamu bersama-sama dulang berisi jus kordial Sunquick untuk menghidangkannya kepada mereka berempat. Dulang itu aku letak di atas meja kopi. Aku kerling sekilas ke wajah mereka.

"Nah, minumlah sikit air yang aku buat ini." Aku mempelawa mereka berempat sambil menuangkan air ke dalam gelas kosong. Haikal dengan perasaan tidak malu menjadi orang pertama mengambil gelas berisi air yang kutuang sebentar tadi. Aku tertahan tawa apabila perasaan tiga sekawan asyik memerhatikan tindak-tanduk Haikal.

Haikal menjeling pada mereka. Habis meneguk air, bahuku dicuitnya dengan kasar. Aku mendengus kecil.

"Apa pasal kau ni?" berangku sambil mengusap bahu yang dicuitnya. Aku perasan dia merapatkan wajahnya dengan telingaku.

"Apa kena dengan kawan-kawan kau ni? Tak pernah tengok lelaki handsome macam aku ke?"

Tiba-tiba aku tersedak air liur. Handsome?! Ya Allah! Mohon simpang, boleh tak? Rasa macam tak kena saja dengan pujian itu pada Haikal.