• apricus
  • gf_202212281206_0001 - Copy (2)
  • photo_2022-12-29_09-20-53
  • photo_2022-12-29_09-20-53 (2)
  • ed_202212281206_0001 - Copy (2)
1
SALE

[FAJAR PAKEER] NOVEL MELAYU APRICUS - ADHARA SYAKIL

Regular price
RM 25.20
Sale price
RM 25.20
Regular price
RM 28.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: ADHARA SYAKIL



Eyes can tell you everything that the heart couldn’t speak.

Sekian lama Heliena hidup bersembunyi dari dunia luar, kehadiran seorang jejaka membuatkan hati yang mati terasa bernyawa. Jikalau ditanya pada dia, lelaki itulah perkara terindah yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Icarus... jejaka idaman semua orang. Lelaki yang kata orang tidak mampu digapai. Lelaki yang penuh dengan manisnya sehingga semua orang mampu mencair. Senyuman yang membuat hati yang lara tercuit tawa.

Heliena dan Icarus… Heliena sedar mereka bagaikan langit dengan bumi. Namun siapa sangka takdir merapatkan jurang yang tidak disangkakan wujud.

Makin Heliena menolak, Icarus menjadi magnet yang berlainan kutub untuk melekat dengan Heliena tanpa erti jemu.

“Saya lain daripada yang lain. Lihat saja matahari, bukan semua orang suka. Bahkan, matahari kelihatan sendirian di atas sana. Seperti saya.” - HELIENA

“Matahari itu terciptanya untuk seorang Icarus.” – ICARUS

Berkali-kali dia menolak, tetapi bukan namanya Icarus jikalau tidak licik membuat Heliena terpedaya. Ada saja idea nakalnya untuk buat Heliena rasa berbahang satu tubuh.

Namun, pesanan nenda dan ugutan ayah Icarus mengelirukan Heliena dengan perasaannya sendiri.

“Kamu tak boleh dekati dia, sayang. Ingat pesan nenda ni, his heart kills.” – NENDA

“Stay away from my son or I’ll make you regret!” - DAEDALUS

Cinta itu... Salah? Atau dia yang tidak layak bercinta?

Adakah benar dia ini pembawa malang?

Semakin dia mencari seseorang melindungi cintanya, semakin kuat racun dendam membunuhnya.

Tiada lagikah yang setia dalam merindu, seperti Apricus yang sentiasa memberikan sinarnya tanpa jemu, terbias cahaya cerah dan hangat melarutkan bayangan.


PETIKAN BAB 13


SENYUMAN aku melebar menatap langit malam dari pantai di pekan Heraklion. Anginnya mendamaikan namun terlalu sejuk menusuk segenap tubuh, memaksa tubuh aku menggeletar hebat. Tanpa kata, Icarus sarungkan baju lebih kepada tubuh aku untuk menambah keselesaan. Lelaki itu mula menghidupkan unggun api setelah kayu dan ranting dikumpulkan. Setiap perilakunya aku perhatikan penuh minat. Aku tak tahu pula dia reti hidupkan api. Yalah, anak raja kebiasaannya dilakukan perkara-perkara senang dan tak perlu bersusah payah melakukan kerja lain.

"Dulu aku ada sertai kem kepimpinan peringkat bangsawan. Papa aku paksa masuk walaupun aku tak nak. Setiap tahun aku terpaksa ikut kem tu, Dari situ lah aku belajar hidupkan api dan adalah juga skil-skil lain."

Itu kata dia.

Walaubagaimanapun, kali ketiga cubaannya barulah api mula memercik hidup. Segera aku rapatkan tubuh dengan unggun api untuk menghangatkan tubuh. Tangan naik mengusap tubuh. Nyaman membelai diri.

Selama 15 minit, kami hanya diam menikmati bayu pantai. Aku akui, malam lebih menyenangkan berbanding pagi. Udaranya sempoi-sempoi, memang sedap menikmati hari malam. Sekarang aku mengerti maksud mereka. Mengapa mereka bencikan siang, kerana siang membahang. Terpaksa mereka memakai pakaian nipis sehinggakan kadang-kadang mereka tidak bisa memakai pakaian yang mereka gemari kerana terlalu panas. Padanlah juga mereka berani menyimbah air pada aku supaya terik pagi itu reda sedikit.

Aku lepaskan keluhan.

"Kenapa kau mengeluh?"

Aku menoleh menghadap Icarus. Anak mata kami yang bertaut aku putuskan. Kepala menggeleng kecil. Mana mungkin semua makhluk faham perasaan aku kerana hanya aku saja yang anti dengan waktu malam.

"Kenapa kau tak suka lepak sini?"

"Bukan macam tu."

"Kalau bukan, kenapa?"

Hela nafas dihembus berat. Anak rambut yang terjuntai pada dahi aku lilitkan dengan jari telunjuk. 

"Kau tak suka malam? Jomlah balik." Icarus sudah bangkit. Belakang tubuh yang menindih pasir dibuang daripada melekat pada baju. Baju ditepuk berkali-kali.

Aku hanya membisu. Langkahnya aku turuti. Baju yang dia bagi pada aku, aku ketatkan pada tubuh. Mata menjengah ke arah bulan penuh. Warnanya nampak berbeza hari ini. Gemerlapan bersama jingga. Kenapa begitu?