• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • 44772551
  • 44772422
  • 44772420
DISCOUNT 15%

[FAJAR PAKEER] PERSIS DRA KULA - ASRAF SHAARI

RM 22.95
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: ASRAF SHAARI


AKU HAUS DARAH, WAHAI PENGHUNI NERAKA


Sejarah menjadikan dirinya liar. Sekelilingnya adalah musuh utama. Dia tergoda dengan duniawi sehingga tergamak mengikut telunjuk iblis. Darah manusia adalah santapan utamanya.

Tatkala malam melabuhkan tirai, pasti malapetaka terjadi. Segalanya harus ditunaikan setelah termeterai lafaz janji untuk menjadi hamba abdi kepada makhluk terkutuk.

Serangan demi serangan bukan sahaja membuatkan seluruh kampung berjaga-jaga, malah membuatkan mereka terpinga akan kehadiran makhluk yang seakan-akan drakula. Setiap kali titisan darah menitik, hanya seorang insan sahaja yang layak dipersalahkan dalam hal itu. Namun, untuk merungkai segala kekalutan amatlah sukar kerana banyak peristiwa yang menjadi dalangnya.

"Kau mesti bunuh tujuh orang lelaki dengan cara menggigit leher mereka dan meminum darahnya. Cukup tujuh lelaki dibunuh pada setiap malam keliwon, wajah kamu akan pulih semula seperti keadaan asal." - Tok Alang

"Aku nak kau mengaku sekarang, apa yang kau dah buat selama ni! Biar orang kampung yang ada kat sini kenal siapa kau sebenarnya!" - Sudin

"Masa saya jumpa dia pun menggigil satu badan. Muka pucat lesi. Tak taulah makhluk apa yang dia tengok." - Fikri

Andai mereka sahabat karib atau seteru, adakah peluang untuk menjadi mengsa begitu cerah? Mampukah dia melarikan diri melepaskan segala derita yang diciptanya? Adakah cara untuk menewaskannya?

Hanya darah manusia yang mampu membendung kehausan tekaknya.

"Aku takkan berhenti sebab darah manusia ialah satu-satunya makanan aku. Nyawa mereka adalah pelengkap kepada usia aku. Aku akan terus berdamping dengan kau."


PROLOG

Api merebak dengan pantas. Pihak bomba gagal memadamkan kebakaran. Jiran-jiran yang datang membantu juga tidak mampu menyelamatkan harta benda yang hilang lebih-lebih lagi tiga mangsa yang terperangkap di dalam rumah terbabit.

Seorang wanita gagahkan diri untuk bangkit lalu berdiri tegak di koridor rumah. Keseluruhan badannya juga telah terbakar. Namun begitu, dia tetap mahu anak yang dirangkulnya itu selamat.

"Dia nak sampak anak dia! Cepat sediakan tilam angin!"

Pihak bomba dengan pantas membentangkan tilam angin agar bayi yang bakal dicampak ke bawah mendarat dengan selamat.

Tanpa berfikir panjang, wanita itu mencampak anaknya tanpa teragak-agak. Nasib bayi itu cukup baik kerana berjaya mendarat dengan selamat.

Sejurus itu juga, wanita itu terus disambar api yang sedang marak lalu dia menjerit kepanasan. Mereka semua yang sedang menyaksikan adegan itu kelu seketika. Tidak sangka sama sekali nasib keluarga ini berakhir dengan begitu tragis.

Wajah bayi itu teruk terkena kesan lecur. Hampir keseluruhan mukanya kemerahan dan ada sebahagiannya telah mula kehitaman. Bantuan kecemasan dilakukan lalu bayi itu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mayat mangsa dibawa keluar dari rumah itu setelah kebakaran berjaya dipadamkan. Keadaan mayat cukup mengerikan dengan kesan rentung dan hangus seperti baru dimasak dan dipanggang.

"Allahuakbar, sampai macam ni sekali jadinya. Aku janji akan jaga anak kau orang berdua dengan baik." Salmiah menangis teresak-esak kerana tidak dapat menahan perasaan sedih atas apa yang telah terjadi. 

Semua ini berlaku angkara dendam. Keluarga Datok Usop dikenali sebagai orang berada di Kampung Semendang. Namun, disebabkan harta dan darjat, ada insan yang iri hati lalu mencuba pelbagai cara untuk memusnahkan keluarganya . Ya, mereka telah berjaya menghalau Datok Usop dan isterinya, Datin Sumayyah dari dunia ini. Apa yang mereka tidak tahu, anak yang telah terselamat itulah bakal membawa malapetaka kelak.

Jenazah Datok Usop dan Datin Sumayyah selamat dikebumikan. Hujan turun membasahi bumi sebagai tanda menangisi pemergian insan yang begitu dihormati di kampung ini. Hampir tidak percaya yang dua insan ini pergi buat selama-lamanya bertemu dengan Ilahi.

Your cart is currently empty.
Continue shopping