• Novel(53)
  • Screenshot 2026-06-27 at 16-22-04 Sisa Dalam Dendam – MPHOnline.com
1

[FAJAR PAKEER] SISA DALAM DENDAM by MISSAILYNN

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
[FAJAR PAKEER] SISA DALAM DENDAM by MISSAILYNN Ratings: 0 - 0 votes
Terbitan: Fajar Pakeer

Penulis: MissAilynn


Manusia dan dendam, bagai bayang dan kegelapan. Semakin cuba melarikan diri, semakin ia mengejar tanpa belas.

Kehidupan Firash Rifqi musnah dalam sekelip mata apabila ayahnya ditemui mati tergantung. Tidak lama kemudian, ibunya pula menghembuskan nafas terakhir dalam tekanan dan kehinaan yang tidak tertanggung. Sejak hari itu, hanya satu perkara yang terus hidup dalam dirinya, dendam.

Firash membina semula hidupnya sambil menyimpan kesumat yang tidak pernah padam. Demi melaksanakan rancangannya, dia mendekati Tengku Auliya, dikenali sebagai "Ice Witch". Bagi Firash, gadis itu hanyalah kunci untuk menjatuhkan seseorang yang telah menghancurkan keluarganya.

Namun, rancangan yang disusun rapi mula goyah apabila Auliya perlahan-lahan meruntuhkan tembok kebencian yang dibina Firash selama ini. Setiap permainan psikologi yang dimainkan, akhirnya memerangkap dirinya sendiri.

"Aku bagi kau peluang untuk larikan diri, Liya. Aku... dah tak boleh berhenti." - FIRASH

"Dan Liya pilih untuk terus jadi tawanan Fir. Selamanya." - AULIYA

Apabila rahsia lama mula terbongkar dan kebenaran tentang kematian ayahnya semakin hampir terdedah, Firash terpaksa membuat pilihan paling sukar dalam hidupnya, meneruskan bara api yang membesarkannya, atau mempertahankan cinta yang tidak pernah dirancang.

Namun dalam permainan yang sarat dengan pengkhianatan dan manipulasi, satu kebenaran yang lebih menyakitkan akhirnya terungkap.

"Kalau kau mahu berdiri di atas, kau perlu sanggup mengorbankan perasaan, masa depan, bahkan diri kau sendiri." - TENGKU AZMAN

Apabila hati Firash yang telah lama mati mula merasakan sesuatu atau hanya permulaan kepada tragedi baru?

Dalam permainan yang dibina dengan dendam dan manipulasi... adakah cinta mampu bertahan, atau hanya akan menjadi korban terakhir?

"Dendam tak pernah buat manusia tenang. la cuma buat hati kita makin kosong sebab dah terlalu banyak masa kita korbankan untuk kejar dendam tu."

Reviews

Be the first to review