Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 | Free shipping for orders over RM100 (SEMENANJUNG SAHAJA) Shop Now!
icon-search
icon-search
  • forensik.png
  • dxc_202203101731_0001.jpg
  • yhv_202203101732_0001.jpg
DISCOUNT 15%

[GALERI ILMU] FORENSIK KEWANGAN - ZAIDI ISMAIL

RM 25.50
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: GALERI ILMU

Penulis: ZAIDI ISMAIL


Saya tidak percaya kepada teori yang mengatakan kalau hendak hidup senang haruslah bekerja kuat siang dan malam. Bagi saya cara ini hanya membazirkan masa demi mencari wang. Sepatutnya wang yang mencari kita, bukan kita yang mencari wang. Saya tidak mahu menjadi hamba wang, cukup sekadar bebas daripada hutang, mempunyai harta dan cukup makan pakai. Yang paling penting hidup tenang dan tenteram. 

Biar siapa pun anda, ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anda. Sedar atau tidak, semua orang memerlukan ilmu dan kemahiran tersebut.

Bagi mewujudkan masyarakat yang kuat dari segi kewangan, ia bermula daripada individu. Jadi kita perlu belajar mengurus kewangan peribadi sebelum menguatkan masyarakat. Apabila individu kuat, maka keluarga akan kuat dan akhirnya masyarakat juga akan menjadi kuat.


Bagi yang masih bujang, inilah masa anda. Jangan persiakan masa dan usia muda yang ada, ambillah peluang ini sebelum mempunyai bermacam-macam bentuk beban. Jika saya seorang gang dilahirkan miskin, dibesarkan di perkampungan setinggan dapat merantau Lebih 16 buah negara, memiliki pelbagai jenis perniagaan termasuktah mengurus Lebih 60 buah hartanah dan menjadi jutawan seawal usia 32 tahun tanpa diploma mahupun ijazah, maka sesiapa pun mampu melakukan lebih balk daripada saya.

Setiap daripada kita mempunyai lima modal iaitu, masa, tenaga, pengetahuan, emosi dan wang. Maka, gunakanlah kesemua modal ini untuk menjadikan impian anda satu kenyataan. Insya Allah.

TUAN ZAIDI ISMAIL dibesarkan di perkampungan setinggan di Petaling Jaya, merupakan seorang usahawan, pelabur dan juga pengasas kepada Uruslnsan, sebuah komuniti dalam talian yang celik kewangan dan fokus kepada pendidikan kewangan. Uruslnsan mempunyai lebih dua ribu (2000) ahli di serata dunia. Beliau banyak menghasilkan video pendidikan kewangan melalui laman sesawang www.urusinsan.info


Beliau bersara dari pekerjaan makan gaji seawal usia 32 tahun. Beliau kini aktif di dalam perniagaan berkaitan hartanah (menguruskan lebih dari 64 buah hartanah dengan lebih 370 penyewa), media baru dan pendidikan kewangan. Beliau banyak berkongsi pengalaman beliau di dalam bidang perniagaan, pemasaran, pelaburan dan kewangan melalui "sesi coaching 1 on 1 dan analisa kewangan" beliau.

KANDUNGAN

PENGHARGAAN
PENGENALAN

BAB 1: PERSEDIAAN MENGURUS KEWANGAN

    # Mengurus Hidup
    # Asas Kebebasan Kewangan
    # Gangguan Dalaman
    # Kenali Diri Sendiri
    # Wang di Mana-mana
    # Tempat Memulakan Kejayaan
    # 10 Kebiasaan Orang Berjaya 1
    # 10 Cara Hidup Ringkas dan Mudah
    # 4 Perkara Mudah Yang Sukar Dibuat Oleh Kebanyakan Orang
    # Ibu Bapa Generasi Sandwic

BAB 2: ASAS-ASAS KEWANGAN

    # Komponen Utama Kewangan
    # Rukun Kewangan
    # Matlamat Kewangan
    # Alat Kewangan
    # TIP Memilih alat Kewangan
    # Percuma Lebih Baik daripada Membayar
   # Harta VS Beban
   # 3 Jenis Pendapatan
   # Tidak Mengapa Tak Untung, Asal Jangan Rugi

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.