• Copy of Novel
  • Copy of Novel(2)
  • 4z9ACegN6a28f3115b14b_1781068561
1

[HA NOVELS] CAESAR ARJUNA’S CONTRACTUALLY YOURS by HUDANAJWA

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
[HA NOVELS] CAESAR ARJUNA’S CONTRACTUALLY YOURS by HUDANAJWA Ratings: 0 - 0 votes
Terbitan: Ha Novels

Penulis: Huda Najwa


Cempaka Nirmala hanya mahu memberikan kejutan ulang tahun yang indah buat lelaki yang dicintainya namun malam itu di sebuah hotel mewah, dunianya runtuh serta merta apabila día sendiri yang diberi kejutan. Dia menangkap kekasihnya bersama wanita lain di hotel itu.

"Meeting konon."- Cempaka Nirmala.

Dalam keadaan hati yang hancur dan maruah yang tercalar, dia terlanggar seorang lelaki asing berwajah dingin dan berkarisma semasa kalut untuk beredar dari tempat penuh pengkhianatan itu.

Caesar Arjuna. CEO kepada Caesar Structures Sdn. Bhd., syarikat arkitek ternama yang berdiri megah seperti reputasinya yang teguh, eksklusif, dan sukar didekati. Caesar pula sedang berdepan tekanan keluarganya. Ibunya memberi dua pilihan, perkenalkan kekasihnya malam itu juga atau terima pilihan yang telah diatur. Dalam satu keputusan spontan dan penuh kegilaan, dia menawarkan satu perjanjian kepada gadis yang baru dikhianati itu.

"Jadi teman wanita saya selama 30 minit."- Caesar Arjuna.

Apa yang bermula sebagai lakonan singkat di meja makan keluarga elit bertukar menjadi pertunangan yang diumumkan tanpa persetujuan mereka. Dan keesokan paginya, takdir bermain lebih kejam apabila Cempaka menyedari bahawa lelaki 'gila' yang memintanya berlakon itu...adalah CEO di syarikat tempat dia bekerja.

Terperangkap antara profesionalisme dan kontrak palsu, mereka menandatangani perjanjian tiga bulan untuk berpura-pura menjadi tunang di hadapan keluarga dan dunia luar.

Namun kontrak tidak pernah menyatakan tentang cemburu yang perlahan-lahan membakar, gosip pejabat yang semakin liar, bekas kekasih yang cuba merampas kembali atau hati yang tanpa sedar mula terikat.

Apabila tempoh kontrak tamat, Caesar enggan melepaskan. Dan Cempaka, yang sentiasa kelihatan ceria walau menyimpan trauma silam terhadap bunyi kaca pecah, mula menyedari bahawa lelaki rumpy itu bukan sekadar bos yang tegas tetapi seseorang yang perlahan-lahan menjadi rumahnya.

Perkahwinan mereka bermula atas dasar tandatangan dan syarat tetapi cinta... tidak pernah memerlukan kontrak. Di antara mesyuarat tegang di pejabat, pertengkaran manis di penthouse mewan, dan malam-malam sunyi yang membuka luka lama, Caesar dan Cempaka perlu memilih, adakah mereka sekadar terikat oleh dakwat di atas kertas atau benar-benar dipertemukan oleh takdir? Kerana ada cinta yang bermula dengan lakonan dan ada takdir yang tidak pernah menipu.

Reviews

Be the first to review