[HA NOVELS] HIDDEN HEART by MIA AZWARI
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Engku Haidar,
Lelaki dingin yang menyimpan kebencian terhadap ayah kandungnya sejak tragedi 10 tahun
yang lalu. Gara-gara belum berkahwin, dia dituduh menjalinkan hubungan sejenis. Demi menghalang rancangan papa untuk menjadikan dia sebagai alat ‘urus niaga’, dia mengupah seseorang untuk menjadi teman wanitanya.
“Siapa nama kau?”
“Elani.”
Tanpa disangka, pertemuan itu telah mengubah kehidupan mereka. Elani perlukan Haidar untuk mencapai matlamat. Haidar pula perlukan Elani untuk menutup fitnah ke atas
dirinya.
“Saya… nak encik jadikan saya sebagai isteri. Saya tak nak apa yang kita buat nanti
sekadar lakonan.”- Elani
“Kau sedar tak apa yang kau minta dengan aku ni?”- Haidar
Gadis itu terlalu licik di mata Haidar. Permintaan Elani membuatkan Haidar berasa
tercabar. Lalu dia akur untuk menjadikan gadis itu sebagai isteri.
Elani fikir semuanya akan mudah jika dia hanya mengikut rentak lelaki itu selepas bergelar isteri. Namun sebaliknya yang berlaku apabila Elani jatuh cinta dengan suami
sendiri.
“Apa sebenarnya hubungan kita sekarang?”- Elani
“Lani isteri abang.”-Haidar
Saat mereka mulai bahagia, kepercayaan Haidar hilang sekelip mata terhadap
isterinya. Semuanya disebabkan penipuan yang dilakukan oleh Elani.
“Jadi ini wajah sebenar kau?”- Haida
Benarkan Elani hanya mempergunakan Haidar untuk mencapai impiannya? Dan apakah rahsia yang disimpan oleh Elani daripada Haidar?
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product