[HA NOVELS PUBLICATION] DOMINAN by MIA AZWARI
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: HA Novels Publication
Penulis: Mia Azwari
Lebih 10 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih hati, tidak menjaminkan hubungan mereka hingga ke pelamin. Itulah yang berlaku kepada Hasya saat dia dikhianati oleh kekasih hati.
“Hil janji nak kahwin dengan Sya. Hil…”- Hasya
“Tolong jangan buat kecoh dekat sini. Ya, saya salah sebab tinggalkan awak. Saya tak boleh nak tipu diri sendiri.” – Hilmi
Malam itu Hasya hampir meragut nyawa sendiri. Namun tak disangka malam itu juga hidupnya berubah sekelip mata di tangan musuh Hilmi.
“Kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni?”- Hasya
“Sebab kau perempuan kesayangan Hilmi.”- Dhafiq
Demi maruahnya, dia diberi pilihan oleh lelaki itu untuk berkahwin atau melupakan malam jahanam itu.
Hasya dalam dilema. Dia tidak mahu hidup di sisi lelaki yang bencikan dia hanya disebabkan Hilmi. Namun disebabkan satu kejadian, Hasya nekad menerima lamaran Dhafiq.
“Tawaran awak tu, masih ada lagi ke?”- Hasya
“Maksud kau… jadi isteri aku?”- Dhafiq
Hasya fikir hidupnya akan menderita selepas bergelar isteri kepada lelaki dominan itu. Ternyata dia silap. Satu demi satu rahsia yang terbongkar berkenaan hidup Dhafiq. Tanpa sedar, rasa sayang itu wujud buat lelaki itu. Malah dia sanggup melindungi Dhafiq dari ancaman keluarga sendiri.
“Kali ini dia ada saya. Mungkin saya tak ada kuasa seperti Datin tapi saya akan pastikan dia selamat selagi saya bergelar isteri Ryan Dhafiq.”- Hasya
Apakah yang berlaku kepada Dhafiq sehingga dia menjadi lelaki dominan di dalam hidup Hasya? Dan adakah mereka bahagia melalui perkahwinan yang dirancang oleh Dhafiq sendiri?