• kerajaan
  • gvcx_202212070922_0001
  • photo_2022-12-07_12-23-50
  • photo_2022-12-07_12-23-49
  • dsa_202212070922_0001
1
SALE

[HR PUBLISHING] SEJARAH KERAJAAN MELAYU PURBA YANG HILANG JILID 2

Regular price
RM 35.01
Sale price
RM 35.01
Regular price
RM 38.90
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: HR PUBLISHING

Penulis: ABDULLAH SIDEK


Kesedaran orang Melayu mengenai sejarah bangsanya semakin meningkat dalam dekad-dekad yang terakhir ini. Kadar celik huruf yang tinggi dan pendidikan yang tinggi telah merangsang orang Melayu untuk mengorek kembali sejarah bangsanya dan kerajaannya. Orang Melayu bukanlah orang buta sehingga tidak mengambil kisah mengenai peredaran dunia bahkan orang Melayu telah mempunyai tamadun antara yang terawal di dunia. Penemuan Tamadun Sungai Batu di Merbok Kedah yang berusia sekitar 2600 tahun telah membuka mata masyarakat dunia tentang bangsa Melayu. 

Sebelum ini di dalam jilid 1, saya telah memuatkan 16 buah kerajaan dan untuk jilid yang kedua , sebanyak 15 buah kerajaan telah dipilih. Oleh itu, buku ini akan membawakan kepada anda mengenai kerajaan-kerajaan Melayu yang pernah wujud di Asia Tenggara:

  • Kerajaan Samudera-Pasai
  • Kerajaan Singhasari
  • Kerajaan Majapahit
  • Kerajaan Reman
  • Kerajaan Kalathana
  • Kerajaan Sampugita
  • Kerajaan Jawaka
  • Kerajaan Chermin
  • Kerajaan Maguindanao
  • Kerajaan Setul
  • Kerajaan Kubang Pasu
  • Kerajaan Kedah Pasai Ma
  • Kerajaan Temasik
  • Kerajaan Melaka
  • Kerajaan Riau-Lingga

Selain sesuai untuk bacaan umum, buku ini juga sesuai untuk dijadikan rujukan oleh guru-guru di sekolah terutamanya guru sejarah kerana beberapa kerajaan Melayu yang hilang ini tutut disebutkan dalam buku teks. Ini secara tidak langsung menambah ilmu pengetahuan guru sekaligus dapat berkongsi dengan pelajar di dalam kelas yang akan membawa kelainan dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Pelajar tentunya akan seronok apabila dapat mendengar benda baharu yang tiada dalam buku teks.


Kerajaan Benua Siam Kedah Pasai Ma merupakan sebuah kerajaan yang penuh misteri. Untuk membaca mengenai kerajaan ini, pembaca perlu melapangkan minda, membuang segala sifat taksub kepada ilmu yang dimiliki selama ini kerana apa yang akan diceritakan ini sebenarnya terbalik 360 darjah daripada apa yang kita pelajari di sekolah. Banyak kali saya berfikir sama ada ingin memasukkan Sejarah kerajaan ini kerana terlalu rumit untuk difahami. Disebabkan pembaca perlu sesuatu yang baharu maka saya masukkan juga kisah kerajaan ini di dalam buku ini.

Kerajaan ini merupakan Kerajaan Kedah Tua dan juga Kerajaan Siam. Siam yang dimaksudkan di sini ialah salah satu daripada suku kaum Melayu yang dikatakan berasal daripada Kedah. Manakala Siam yang biasa kita gunakan merujuk kepada orang Thailand. Oleh itu pembaca perlu memahami perbezaan ringkas ini bagi mengelakkan kekeliruan untuk memahami kerajaan ini. Saya akan membahagikan kerajaan ini kepada beberapa topik untuk memudahkan pemahaman pembaca. Sumber utama mengenai kerajaan ini ialah Buku Undang-Undang Kedah dan Hikayat Merong Mahawangsa.

Beberapa konsep kerajaan ini perlu difahami telebih dahulu iaitu:

  1. Kerajaan Kedah Pasai Ma menggunakan konsep seakan Yang Di-Pertuan Agung sebagaimana diamalkan di Malaysia sekarang.

  2. Semua Raja Daerah @ Paduka Tuan berhak menjadi Yang Di-Pertuan Agung.

  3. Sultan Muhammad Jiwa Kedah ialah Perdana Menteri Kerajaan Kedah Pasai Ma bukannya Sultan Kedah ke-19.

  4. Kesultanan Kedah diasaskan oleh Merong Mahawangsa, cucu kepada Maharaja Tai Zong dari Dinasti Tang China bergelar Sultan Mudzaffar Shah I.

  5. Kesultanan Kedah bermula pada 650M bukannya pada 1136M.

  6. Salasilah Kesultanan Kedah sekarang ditolak dan Kesultanan Kedah untuk dinasti sekarang bermula dengan Sultan Abdul Hamid Halim Syah (1881M-1843M).

  7. Siam merujuk kepada suku Melayu. Thai merujuk kepada suku Thai yang kita fahami sebagai Siam sekarang.

  8. Kerajaan Ayuthia merupakan kerajaan Melayu-Islam bukannya Kerajaan Budha.

  9. Ada beberapa Sultan Kedah menyamai nama Sultan Kedah Pasai Ma tetapi berbeza tahun contohnya Sultan Muhyiddin Mansur Shah (1651M-1661M) TETAPI dalam sejarah Kedah Pasai Ma, Sultan Muhyiddin Mansur Shah atau Bromokot Chao Pija Kersan memerintah pada 1733M-1758M. Anak baginda iaitu Syarif Abu Bakar merupakan Sultan terakhir Ayuthia yang dibunuh oleh tentera Thai dalam Perang Musuh Bisik tahun 1821M.

  10. Ada perbezaan dengan asal usul Merong Mahawangsa. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, Merong Mahawangsa dikatakan beragama Hindu dan berasal dari Rom (Rom di sini mungkin merujuk kepada Kerajaan Parsi) tetapi dalam Kisah Kerajaan Kedah Pasai Ma, Merong Mahawangsa merupakan