• photo_2024-01-09_12-19-19 (2)
  • photo_2024-01-09_12-19-19
  • photo_2023-02-16_11-09-06
  • photo_2023-02-16_11-09-08
  • 202302161058_0001-1
1

DEFECT - [IDEA KREATIF] CINTA, TERASA ADA - KAY OMENA

Regular price
RM 24.30
Sale price
RM 24.30
Regular price
RM 27.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Idea Kreatif

Penulis: Kay Omena


  Pertemuan pertama antara Hanif dan Yuhanis berjaya menghadirkan satu rasa dalam diri si gadis. Tak peduli pada peribahasa 'perigi mencari timba', salam perkenalan dihulurkan. Tapi entah di mana silap, Hanif seperti membenci Yuhanis. Apa saja yang gadis itu lakukan, pasti mengundang kemarahannya.

  "Saya mintak maaf, un...uncle."-Yuhanis 

  "Jangan panggil aku uncle."-Hanif

  Namun, tatkala Yuhanis ditimpa musibah dan hilang tempat berteduh, dia terpaksa tinggal di rumah lelaki itu.

  "Maybe aku patut tinggal sekali dengan kau kat rumah tu."-Hanif

  "Awak sedang melamar saya ke?"-Yuhanis 

  Cara Hanif melamar dan secara tiba-tiba begitu membingunkan Yuhanis. Tapi pilihan apa yang dia ada apabila setiap doanya, menunjukkan lelaki itu sebagai jawapan.

  Menerima lamaran lelaki itu, cabaran lain yang perlu dilalui mereka. Orang ketiga pasti ada tatkala masjid telah dibina.

  "Suka dapat keluar dengan aku atau suka sebab aku pilih kau dari Ain?"-Hanif

  Suka Yuhanis bererti bahagia. Tak mungkin tak bahagia bersuamikan lelaki seperti Hanif yang cukup segalanya.

  Tapi aturan hidup selalunya bahagia itu akan datang bersama dugaan. Dan bila rumah tangga mereka diduga dengan asakan orang ktiga, akan goyahkan kasih Hanif terhadap Yuhanis? Siapa pula Taufiq di dalam hidup Yuhanis yang mencetus cemburu di hati Hanif?