• 2
1

[IDEA KREATIF] - YES! CAPTAIN ZUL AARYAN

Regular price
RM 31.50
Sale price
RM 31.50
Regular price
RM 35.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Penulis : Wnfhanna


Sinopsis
Pertemuan mereka di lapangan terbang Melbourne telah mencetuskan ‘peperangan.’

“Woi, perempuan!!! Kau gila ke?!” – Zul Aaryan

“Ya, memang saya gila! Harap kita tak terserempak lagi. Risau kalau muka awak pula yang kena simbah lepas ni. Bye!” – Zara Andrea

Dan mereka bertemu lagi. Kali ini di dalam pesawat pula. Lebih mengejutkan, pesawat itu dikemudikan oleh Zul Aaryan sebagai captain yang bertugas. Pergaduhan bersambung lagi.

“Kau siapa nak saman airlines ni? Kau ada bukti ke?” – Zul Aaryan.

“Everything’s here. Awak dah boleh ready, maybe ni last flight awak pegang title sebagai seorang captain.” – Zara Andrea

Aaryan rasa tercabar. Dia tidak akan sesekali membiarkan dirinya menjadi mangsa ugutan Andrea. Bukti yang ada pada gadis itu dihapuskan dengan harapan mereka tidak akan bertemu lagi.

Tapi sebaliknya, makin kerap pula mereka bertemu. Dan setiap itu jugalah perang dunia akan meletus sehingga menimbulkan kebencian.

Kata orang, jangan benci sangat, bimbang nanti jadi jodoh. Dan benarlah, mereka telah dijodohkan atas permintaan keluarga. Masing-masing menentang perkahwinan yang diatur, namun siapa mereka untuk menolak takdir?

“We should just get married...” – Aaryan.

“Get married? Untuk apa? Kita bukannya saling mencintai. – Andrea

“Just for one month.” – Aaryan

Andrea bersetuju dengan perjanjian Aaryan. Hanya sebulan dia akan hidup bersama Aaryan, tetapi mampukah mereka bertahan dengan perangai masing-masing selama sebulan itu?