• sinar
  • c_202208231136_0001 - Copy
  • photo_2022-09-08_11-18-04 (3)
  • knsdgn
  • photo_2022-09-08_11-18-04 (2)
  • photo_2022-09-08_11-18-04 (4)
  • photo_2022-09-08_11-18-04
  • photo_2022-09-08_11-18-23 (4)
  • photo_2022-09-08_11-18-23 (6)
  • photo_2022-09-08_11-18-23 (5)
  • photo_2022-09-08_11-18-23 (3)
  • photo_2022-09-08_11-18-23 (2)
  • photo_2022-09-08_11-18-23
  • v_202208231136_0001 - Copy
1
SALE

[INSPIRASI i MEDIA] KAMUS TEMA BERGAMBAR SINAR AZHARI

Regular price
RM 26.10
Sale price
RM 26.10
Regular price
RM 29.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: INSPIRASI i MEDIA

Penulis: ROHIDZIR RAIS


  • Kamus Bahasa Arab


KANDUNGAN

1. Haiwan
- Haiwan peliharaan
- Haiwan liar
- Haiwan Laut
- Serangga
- Burung

2. Rumah
- Rumah
- Bilik Tamu
- Dapur
- Bilik tidur
- Bilik air

3. Sekolah
- Sekolah
- Di dalam Kelas
- Perpustakaan
- Makmal Sains
- Makmal Komputer
- Sukan
- Hobi

4. Badan
- Kepala
- Muka
- Badan
- Organ dalaman

5. Pengangkutan
- Pengangkutan darat
- Pengangkutan Udara
- Pengangkutan Air

6. Tempat awam
- Di kampung
- Di hospital
- Di padang permainan
- Di masjid

7. Hasil alam
- Bunga
- Buah-buahan
- Sayur-sayuran

8. Makanan
- Di restoran

9. Pekerjaan
- Pekerjaan

10. Alam semesta
- Angkasa
- Bumi
- Laut & lautan
- Fenomena alam
- Musim
- Bulan Hijriah

11. Kata Kerja

12. Pelajaran asas
- Bentuk
- Warna
- Kata Ganti nama diri
- Kata soal
- Kata keadaan tempat
- Kata keadaan masa
- Berlawanan

13. Nombor
- Nombor
- Kedudukan
- Masa


PANDUAN PENGGUNAAN KAMUS AL-AZHARI JUNIOR


Memandangkan KAMUS AL-AZHARI JUNIOR ini diterbitkan bagi memenuhi keperluan pembaca muda dan remaja, terdapat beberapa kaedah boleh digunakan bagi mengoptimumkan keberkesanan kamus ini. Berdasarkan pengalaman mengajarkan Bahasa Arab kepada pelajar-pelajar, saya cadangkan kepada guru dan ibu bapa beberapa kaedah yang berkesan dalam mengajar Bahasa Arab menggunakan kamus ini. Kaedah-kaedah ini berbeza berdasarkan umur pelajar dan jumlah mereka.

Tahap 1: Umur 4-6 tahun

Pada usia ini, anak-anak sudah fasih bercakap dan bertanya pelbagai perkara. Antara perkara yang mereka sering bertanya apabila melihat objek yang mereka tidak ketahui namanya sama ada ketika keluar rumah, melihatnya di dalam televisyen atau buku. Apabila ibu bapa menggunakan keghairahan anak-anak ini untuk mengenal dengan memperkenalkan objek-objek di sekelilingnya dengan Bahasa Arab, anak akan lebiih teruja. Ini kerana dia mendapat nama lain untuk objek yang telah diketahuinya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Misalnya mereka akan bertanya, "Buah oren dalam Bahasa Arab digelar apa?" Ibu atau ayah menjawab, "Burtuqaal". Anak ini akan segera menggunakannya. Misalnya dia akan berkata, "Nanti Anas mahu makan buah Burtuqaal. Ayah jangan lupa belikan buah burtuqaal."

Latihan seperti ini membantu anak menghafaz dan mengenali objek-objek dalam Bahasa Arab. Dan ini menimbulkan keterujaan kepadanya untuk mengenali lebih banyak perkataan. Dengan menggunakan KAMUS AL-AZHARI JUNIOR ini, ibu bapa boleh menunjukkan gambar apa-apa objek yang menjadi kecenderungan anak. Misalnya terdapat anak yang gemar melihat gambar haiwan dan kenderaan. Pilih gambar yang paling diminatinya terlebih dahulu. Pegang tangan anak dengan lembut dan tunjukkan mana-mana objek yang kita mahu dan sebutkan nama objek itu dalam Bahasa Arab dengan jelas. Anak akan mengambil masa menyebutnya terutama sekiranya perkataan itu mempunyai huruf yang sukar disebut seperti kha, dhod, sod dan ghain.

Pastikan ibu bapa tidak mendesak anak mengikut sebutan yang betul kerana membetulkan sebutan memerlukan latihan berterusan. Yang penting ibu bapa perlu menyebutnya dengan fasih. Elakkan meniru-niru sebutan anak yang pelat seperti, teta untuk kereta, bibi untuk bayi, akan untuk makan. Jangan sesekali mentertawakan anak apabila sebutannya tidak betul. Sebaliknya teruskan sebutan yang betul.

Apabila beberapa perkataan sudah diajarkan, uji anak mengikut tahap:

Tahap 1: Sebutkan nama objek dalam Bahasa Arab dan minta anak tunjukkan gambarnya. Sekiranya dia tidak dapat menjawab, bantu anak dengan memberikan beberapa petunjuk seperti bunyi haiwan atau kenderaan atau warnanya. Jangan sesekali mendesak anak dengan perkataan-perkataan yang banyak hingga menimbulkan tekanan kepada anak.

Tahap 2: Tunjukkan objek yang telah diajarkan sebelum ini dan minta anak menyebutkan namanya dalam Bahasa Arab. Jika salah betulkan dan ulang perkataan itu bersama dengan anak beberapa kali dalam nada gembira, berjenaka atau menyanyi sambil membuat memek muka dan gaya.

Tahap 3: Bila-bila masa anda bersama anak dan dia kelihatan dalam keadaan ceria dan sihat, ulangi apa yang telah dipelajari. Sebutkan perkataan yang telah diajarkan sebelum ini. Jika kebetulan bertemu dengan objek yang telah dipelajari di luar rumah atau ketika memandu, tanya anak nama objek tersebut dalam Bahasa Arab.


TAHAP 2: Pelajar Sekolah Rendah, Menengah, Universiti dan Orang Awam.

Bagi kaedah hafazan ini, pelajar tidak dibenarkan menggunakan pen atau pensil dengan perlu bergantung sepenuhnya pada pancaindera penglihatan dan pendengaran bagi memaksimumkan penggunaan otak.

Langkah 1: Baca perkataan yang hendak dihafaz dalam Bahasa Melayu dan Arab dengan sebutan yang betul. Bagi perkataan Arab, pastikan sebutan huruf dan barisnya juga tepat. Bagi perkataan kata nama, baca dan hafaz dahulu perkataan mufradnya kemudian diikuti dengan jamak. Selepas itu