[KARYA PUBLIKA] PERMAINAN IBLIS - JANGAN GANGGU AKU!
- Regular price
- RM 28.90
- Sale price
- RM 28.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
[KARYA PUBLIKA] PERMAINAN IBLIS - JANGAN GANGGU AKU!
Kepulangan Datuk Rahim ke kampung yang mahu menghabiskan sisa hidupnya tidak mampu diterima oleh sesetengah dari penduduk kampung Ada yang merasa curiga dengan kepulangannya itu.
Azimah dan Nazirah pula diganggu dengan bayangan wanita tua yang muncul entah dari mana. Gangguan demi gangguan makin kerap berlaku. Azimah mengatakan ada kemungkinannya rumah pusaka milik keluarga Datuk Rahim berpenunggu.
"Abang sedia maklum dengan rumah pusaka bapa abang ni kan? DATUK RAHIM diam. Menunggu bicara lanjut dari Azimah.
"Tak mustahil bang kalau rumah yang dah lama tak ada orang duduk ada benda lain yang menumpang." Teori itu bermain di hujung bibir AZIMAH.
Hari demi hari gangguan yang diterima oleh Azimah dan Nazirah bertambah kerap. Menjadikan Datuk Rahim buntu untuk menyelesaikan masalah ini.
Ini ditambah lagi dengan masalah yang dihadapi oleh Melur Holding setelah syarikat itu diserahkan pada anak sulungnya. Mahu tidak mahu terpaksa dia hadapi juga.
"Dengar cakap abah ni, angah." Suara Datuk Rahim serius. Menandakan yang dia tidak bermain-main ketika itu.
"Angah simpan aje gambar-gambar tu di tempat yang selamat. Sementara tu angah cuba kesan siapa pemilik nombor telefon tu. Boleh?
Kewujudan seorang wanita misteri yang tidak bernama membuatkan Datuk Rahim dan anak lelaki keduanya, NORDIN bertambah keliru.
Siapakah wanita misteri yang tidak bernama itu? Apa hubungannya dia dengan Melur Holding? Apakah punca Azimah dan Nazirah diganggu? Ada kebenaran yang memungkinkan gangguan yang diterima akibat perbuatan seseorang? Atau mungkin rumah pusaka itu betul-betul berhantu? Apa yang sebenarnya berlaku di dalam Melur Holding?
Segalanya terungkap di dalam novel PERMAINAN IBLIS