• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • dia tak smpurna.png
  • rfgv_202206280940_0001 - Copy.jpg
  • rfxz_202206280941_0001 - Copy.jpg
SALE

[KARYA SENI] DIA TETAP SEMPURNA - ANJELL

RM 32.00
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: KARYA SENI

Penulis: ANJELL


Versi pertama pertemuan mereka. Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangnya. Dengan gaya selekehnya. lelaki itu hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. Ya. Dikejar kucing!

Versi kedua pertemuan mereka. Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-Clorox! Yang muncul di depannya kini umpama putera raja turun dari kayangan. Kacak maut! Dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.

Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini muncul sebagai pasangan kekasih jadian.

"After all, until the cruise ends, I'm all yours, sunshine." - ESKANDAR ARASYAH

Ya... Sehingga pelayaran itu tamat! Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri. Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu. 

Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya: Sempurna. Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. Dia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itu buatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya. No access.

"Aku tak sempurna, Dara" - ESKANDAR ARASYAH

"Nobody is perfect" - DARA NAILUFAR

"Aku tahu. Tapi untuk satu ketidaksempurnaan, tak semua orang mampu terima." - ESKANDAR ARASYAH

"But you have everything." - DARA NAILUFAR

Bagi Dara, tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini. Apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu, baginya manusia itu tak perlu menghukum. Namun, bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, mampukah Dara berpegang pada kata-katanya itu?


PETIKAN BAB 1


Kepada: Cik Dara Nailufar binti Saleh

Dengan segala hormatnya, kami menjemput Cik/Puan/Encik ke Majlis 'We Welcome You Back' untuk para alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping yang bakal diadakan seperti butiran berikut:

Tak sampai separuh kad keras sederhana besar lagi wangi itu aku baca, terus aku campak ke atas meja. Bosan! Tak payah baca penuh, memang aku dah tahu isinya apa.

Aku mengeluh. Pening. Hikayat apa lagi aku nak reka ni? Biasanya pantang datang musim nak reunion, memang aku jadi jaguh pencipta hikayat antarabangsa. Ada saja alasan aku reka sebab aku memang tak nak pergi. Selalunya alasan aku adalah jauh.

Tapi itu lapan tahun yang lepas. Dari zaman muda belia dan sekarang sudah menginjak ke alam dewasa. Alasan tiada duit, tiada pengangkutan dah basi. Lagi, kalau aku tak nak pergi, sah-sahlah Suria, kawan baik aku tu seret aku. Budak itu selalunya memang terlebih cerdik kalau bab nak aku ikut kepala dia.

Telefonku berdering minta diangkat. Panjang pun umur budak itu. Baru fikirkan dia, dah munculkan diri. Mesti lepas tersedak-sedak sebab kena kutuk dengan aku ni. Hahaha!

Aku menggesek ikon hijau pada telefon pintarku itu.

"Aku tak kira. Tahun ni aku nak kau pergi"

"Tak ada salam, tak ada apa, nak cair tahi telinga aku disembur Suria."

"Amboi... kau ni dah kenapa? Salam tak ada, mukadimah sepatah haram tak cakap. Yakin aje kau aku yang angkat, ya?" sinisku.

Your cart is currently empty.
Continue shopping