• 44948340
  • 44948344
  • 44948348
1
SALE

[KARYA SENI] HATI YANG KAU CURI

Regular price
RM 23.40
Sale price
RM 23.40
Regular price
RM 26.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: KARYA SENI

Penulis: FATINILAM SARI AHMAD


CINTA BUKAN DIUKUR DENGAN MASA TAPI PERASAAN


Mimpi atau realiti sentiasa menjelma sehingga mengganggu hidupnya. Bukan! Dia bukan berada di alam fantasi. Namun pada masa yang sama lelaki itu wujud mengejar cintanya. Lara makin keliru keberadaannya. Puas ditepis dan ditolak, tapi lelaki itu semakin mendekat membuatkan dirinya merantau mencari jalan keluar daripada kecelaruan hidupnya.

Adri tidak akan berputus asa. Lara harus kembali ke dunia nyata. Gadis itu harus pulih daripada penyakit yang bukan kehendaknya. Lelaki durjana bernama Dr. Imran tidak layak menjadi sebahagian dalam hidup Lara.

"Percayalah, Lara. Saya ikhlas mencintai awak. Dalam keadaan apa pun saya akan tetap mencintai awak. Saya berharap awak akan sembuh sepenuhnya dan kita akan melalui hidup yang indah ini bersama." - ADRI

"Lara... tunggu masanya akan tiba. Kau akan keluar dari sini dan menjadi orang yang lain. Insan baru dengan memori baru, tanpa secebis pun kenangan pahit" - DR. IMRAN

Ah, Bencinya! Lara diamuk keresahan. Apa benar Dr. Imran benar-benar mahu memulihkannya daripada sejarah silam? Apa benar Adri merupakan lelaki yang mula-mula bertakhta di hatinya? Lelaki yang sanggup berkorban demi dirinya? Namun dia harus bersabar hanya untuk menjaga imej dan maruah keluarganya. Dia tidak ingin mengulangi sejarah lama. Dia tidak akan mudah mengamuk lagi! Tidak. Itu azam dan tekad yang ditanamnya sejak keluar daripada pusat rawatan itu.

"Aku tak tahu apa yang berlaku pada diriku, tapi aku rasa seperti ingin lari. Lari ke tempat yang paling jauh, yang tidak akan ditemui oleh sesiapa pun jua. Aku hanya ingin bersendirian!" 


PETIKAN BAB 25


Lara mencari ketenangan dengan mendirikan solat. Kesedihan tanpa sebab yang melanda hatinya saat itu hilang sejenak. Selepas isyak, dia ke dapur untuk menyediakan makan malam. Namun ketukan di pintu membantutkan niat. Dia bergerak ke pintu lantas membukanya.

Di luar tiada sesiapa, namun pada jeriji besi dia terlihat sesuatu. Topeng feather masquerade party diselitkan di situ. Lara memegang topeng bulu berwarna biru itu bersama rasa gelojak yang luar biasa.

"Parti masquerade?"

Samar-samar dalam ingatan, Lara merasakan dia pernah menghadiri parti. Ada irama lagu yang bermain dalam fikirannya. Lara terlonjak, berlari masuk ke bilik untuk menukar baju. Walaupun dia tidak tahu mahu ke mana, atau dengan siapa... tetapi dia terasa ingin keluar saat itu juga. Dia mencapai sehelai gaun biru, lalu terus menyarungkan ke badan. Dia bersolek ala kadar sahaja, kemudian memakai topeng bulu warna biru yang baru diterimanya tadi.

Lara turun ke tingkat bawah, untuk mengambil skuter. Rasa hatinya sungguh riang, tanpa sebab yang pasti. Saat dia menolak skuternya keluar dari ruang parkir, dia nampak sebuah motosikal Kawasaki Ninja seperti sedang menunggunya di tubir jalan. Penunggang motosikal besar itu memberi isyarat mengajaknya berlumba.

Lara makin teruja. Dia menolak skuternya lebih dekat. Dia nampak lelaki itu juga mengenakan topeng masquerade warna hitam. Tangannya yang memakai sarung tangan kulit hitam memberi isyarat agar mereka memulakan perlumbaan. Lara ikut sahaja. Dia pantang dicabar.

Tapi bolehkah skuter comelnya mengalahkan motosikal besar lelaki itu? Tak cuba tak tahu! Bisik hati Lara. Mereka sama-sama beredar ke arah jalan utama dan mulai menunggang kenderaan masing-masing. Lara memecut laju. Namun sekejap sahaja dia dipotong Kawasaki Ninja hitam itu. Lara rasa geram dan marah. Dai memulas minyak hingga santak dan cuba mengejar. Acara kejar mengejar berlangsung, biarpun di jalan raya masih  banyak kenderaan. Lelaki itu berhenti di tepi lampu isyarat.. lara berhenti di belakangnya.

Dia memberi isyarat supaya memasuki simpang. Lara menggangguk dan ikut sahaja. Mereka akhirnya tiba di sebuah rumah. Rumah itu nampak meriah dari arah jalan. Ada majlis sedang berlangsung. Lara mengikut lelaki itu masuk.

Suasana di dalam riuh dengan muzik apabila pintu dibuka. Pintu segera ditutup semula agar bunyi bising itu tidak akan sampai ke rumah jiran tetangga yang lain. Lara diam terpaku, melihat pasangan sedang menari. Semua orang menutup wajah dengan topeng pelbagai gaya. Suara Lady Gaga terdengar begitu enak melalui halwa telinga, begitu mantap nyanyiannya datang dari sebuah stereo yang besar. Lagu Bad Romance, sedang rancak di udara. Spontan kaki Lara mula bergoyang.

Lelaki bertopeng menghulurkan tangannya ajak menari. Lara terima. Mereka bergerak ke tengah ruang. Beberapa pasangan mulai ke tepi dan mengambil tempat duduk. Mereka begitu sporting, membiarkan Kara dan lelaki bertopeng menguasai ruang.