• 9786297693248(8)
  • 9786297693248(8)
  • 9786297693248(8)
1

[KARYA SENI] JINGGA DI LANGIT

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan : Karya Seni

Penulis ; Pynat Mouri


KHALEQ THAURI… Dia sudah selesai menjalani hukuman secara undang-undang tetapi bebanan berat terpaksa dia galas seumur hidup sebagai bekas penghuni tirai besi. Hakikat sebenar yang pahit untuk ditelan dan sukar untuk dinafikan. Semua orang kampung menjauhinya. Dirinya dipandang serong walaupun ketika dia sedang berjalan kaki.

Rumahnya setiap malam sentiasa diawasi oleh orang kampung. Pinjam selipar masjid? Dikata Khaleq mencuri. Lembu dan kambing orang kampung hilang? Dikata Khaleq yang jual. Tong gas hilang? Pun Khaleq juga yang difitnah.

“Kalau banduan tu bertaubat sekalipun, kejahatan yang dia buat tetap orang akan ingat. Jadi kau tak payah berpura-pura tunjuk baik nak pergi berjemaah di masjid sedangkan masa lalu kau, orang tetap akan ingat. Sepatutnya kau meringkuk dalam tu sampai mampus!” - DAIM

Namun bagi Khaleq, kepulangannya kerana sebuah janji dan amanah yang tergalas di bahunya. Dia juga mencari dalang yang merancang pembunuhan Fudail dan Megat Zahrain. Tapi tak sangka kepulangannya turut menarik perhatian musuhnya.

“Orang tua tu tak tinggalkan apa-apa untuk kau? Lima tahun kau jadi anjing dia takkan dia tak bagi apa-apa? Paling tidak pun mesti dia bagi sesuatu yang berguna. Apa kata kau serahkan saja pada aku. Aku janji aku takkan kacau kau dah.” – FAHMI

“Aku… aku nak cari pembunuh Abang Megat. Anak angkat Fudail kata kau pembelot. Kau yang…” – ACAP

Ketika dia rasa hidupnya sepi, muncul seorang gadis bisu yang tinggal di depan rumahnya. Sikap lemah lembut NUR AMILIN membuatkan hati Khaleq sudah pandai menyulam rindu terhadap wanita itu. Biarpun Khaleq cuba membina tembok untuk menjarakkan hubungan antara mereka namun wanita itu tegar merobohkannya.

Namun begitu, satu peristiwa yang telah berlaku terus mengubah kehidupan mereka seratus lapan puluh darjah. Topeng masquerade yang dipakai Nurul Amilin untuk menipu dan mengaburi Khaleq mula tertanggal.

“Kalau kita perlu berlakon… aku minta teruskan saja. Kalau kita perlu pakai topeng… pakai sajalah… asalkan kita tak langgar apa-apa garisan. Aku tak harapkan apa-apa daripada kau dan kau pun jangan harap apa-apa daripada aku.” - KHALEQ

Apakah yang berlaku terhadap Khaleq? Bagaimana dengan amanah yang tergalas di bahunya? Perlukah dia terus menanti Nur? Dan… siapa Nur Amilin yang sebenar?