• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • langit masih ikhlas
  • langit masih ikhlas cb
  • photo_2022-12-29_12-46-54
  • photo_2022-12-29_12-46-56
  • 202212291225_0001-1
SALE

[KARYA SENI] LANGIT MASIH IKHLAS - PYNAT MOURI

RM 20.80
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: Karya Seni

Penulis: Pynat Mouri


Bagi Azreen Sharmin, orang yang paling dia benci semasa balik kampung pastilah terserempak dengan Azamuddin. Budak lelaki yang suka megejek-gejek dan jadikan dirinya sebagai bahan lawak bodoh dia. Badak, gemuk, tembun, gajah.. Semua lengkap dijadikan bahan sindiran. Dan selayaknya hanya jelingan saja yang dihadiahkan untuk lelaki yang dah serupa setan.

"Amboi, cenge sungguh. Alang-alang tok iman ada, lauk kenduri pun boleh  tahan sedap.. Saksi pun dah ramai ni.. Jom kita dua kahwin."- AZAMUDDIN

"Kami tak kelapaq...meluat!"- AZREEN

"Jangan meluat sangat, sakgi Tuhan kalih hati tu. Ni dia orang yang jadi bapak kepada anak-anak hang tau. Ni contoh bakal suami kiriman dari Tuhan tau.."- AZAMUDDIN

Bagi AZAMUDDIN pula, sejak kecil lagi hatinya dah lain macam apabila melihat Azreen. Setiap kali cuti sekolah, memang dia akan ulang-alik lalu di depan rumah Tok Abbas. Mengitai si tembun pujaan hatinya. Tapi itulah, asal berjumpa depan mata pasti mulutnya asyik nak melaser saja. Hatinya geram apabila asyik mendapat jelingan sinis Azreen. 

"Cheq nak pinang Azreen. Cheq bukan nak kahwin sekarang tapi lagi sepuluh tahun. Cheq nak habaq hat tu ja. Kira macam cheq booking awailah."- AZAMUDDIN 

"Hesy,budak ni..Ingat cucu aku tu keta Proton Saga nak chup dulu? -TOK ABBAS 

Cinta bertepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi. Bila kena reject, dia mula hadam apa itu reda. Saat hati dan perasaan kian bertenang dan pasrah, tiba-tiba dirinya dipinang. Eh, tak pelik ke perempuan meminang lelaki?

"Nak kahwin dengan anak pak cik?"

Dia terkejut dengan pertanyaan itu, Wajah di depannya ditenung lama. Sumpah, hatinya bergetar kuat dan sukar untuk dia memberikan jawapan. Apakah bahagia itu semakin dekat dengannya? Mampukah mereka membina kebahagian andai langit selalu disinggahi awan hitam?


Your cart is currently empty.
Continue shopping