• JUN(168)
  • LEGASI
  • 20260905094254026_0018
1

[KARYA SENI] LEGASI by LILY HASLINA NASIR

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
[KARYA SENI] LEGASI by LILY HASLINA NASIR Ratings: 0 - 0 votes
TAJUK : LEGASI

PENULIS : LILY HASLINA NASIR


DUNIA politik penuh dengan permainan. Dan bagi Azrina, meneruskan perjuangan legasi abahnya, Datuk Aidil Rahim. Lagi-lagi Azrina pernah melalui detik sukar apabila melihat keluarganya pernah terjatuh angkara fitnah yang bertebaran. Abahnya meringkuk di balik tirai besi, ibunya membanting tulang demi memastikan dapur berasap sedangkan masyarakat sekeliling mula menjauh.

Namun Azrina tidak sangka, pertemuan penuh dramatik di dalam lif bersama Ahmad Kaisar adalah titik permulaan segala kesinambungan dendam. Lelaki dari parti lawan yang sepatutnya jadi musuh, tapi entah kenapa dia selalu ada di tempat yang tepat, pada masa yang tepat. Akhirnya, ada yang memandangnya sebagai seorang manusia yang punya hati.

“Jangan cakap kita akan terperangkap lagi.”  - AZRINA

“Kalau terperangkap kali ketiga, itu bukan kebetulan. Itu takdir yang terlalu luar biasa.” - KAISAR

Bagi Datuk Aidil Rahim, hubungan Azrina dan Kaisar bukan kebetulan. Segalanya bagai dirancang. Dia tidak mahu Azrina mengulangi tragedi 13 tahun yang lalu. Dia tidak mahu anak gadisnya tersilap langkah atau tidak waras membuat perhitungan.

“Kau terlalu rapat dengan dia.”

“Kaisar?”

“Ya, Kaisar! Budak tu dari Parti Progresif. Kau fikir dia datang dekat kau sebab apa? Cinta? Jangan naif!”

“Abah tak kenal dia.”

“Aku kenal politik!”

Bila musuh politik lama, Dato’ Taufan muncul semula, hidup Datuk Aidil mula jadi kacau. 

Apabila satu demi satu fitnah dan skandal disusun dengan kemas, Azrina semakin terhimpit. Dalam politik, kebenaran pun boleh memusnahkan kehidupan. Salahkan dirinya bila terkait dengan dendam lama? Dan Kaisar, di pihak yang mana?

“Kau sebenarnya siapa, Kaisar?” - AZRINA

“Aku orang yang tak akan biar kau jatuh.” - KAISAR


Reviews

Be the first to review