• selalu
  • vv_202302131640_0001
  • photo_2023-02-14_11-30-07
  • photo_2023-02-14_11-30-07 (2)
  • photo_2023-02-14_11-30-06
  • cv_202302131640_0001
1
SALE

[KASEH ARIES] SELALU ADA DIA - IEYA SYA

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: KASEH ARIES

Penulis: IEYA SYA


Suatu ketika dahulu, mereka teman sekelas yang tidak saling menyapa. Beberapa tahun kemudian, hubungan mereka bertukar kepada majikan dan pekerja. Majikan yang dingin tetapi suka membuli si pekerja.

“Dalam banyak-banyak pekerja, kenapa encik pilih saya yang temankan encik?” - Liya.

“Aku suruh, buat saja. Tak payah tanya kenapa. Aku tak suka.” - Afiq.

Tanpa sengaja, Afiq telah bermain dengan nyawa Liya. Demi membetulkan keadaan, Afiq menoktahkan semuanya dengan ikatan perkahwinan. Walaupun Liya tahu, dalam hati Afiq ada nama Suri.

“Mudahnya encik jadikan saya kambing hitam untuk selamatkan Suri. Encik tak ada perasaan ke?” - Liya

“Mata tu cover sikit. Terkeluar nanti, turun harga hantaran.” - Afiq
Bukan mudah menjadi isteri seorang Afiq. Dia selalu diganggu roh wanita yang berdendam dengan keturunan keluarga Afiq, dan ugutan seorang pembunuh yang obses. Dalam waktu yang sama, Liya meragui perasaan sebenar Afiq kepadanya.

“Siapa yang awak harapkan jadi pendamping awak sebenarnya? Suri?” - Liya

“Aku tahu bagaimana mencintai orang yang tidak cintakan kita. Sakit, Liya. Sakit sangat.” - Afiq

“I tak pernah cintakan mana-mana lelaki, Fiq. Tapi dengan you, I tak mampu menidakkan perasaan I.” - Suri

Namun benarkah di hati Afiq ada Suri, bukannya Liya? Bagaimana pula dengan roh yang mengganggu Liya? Adakah wanita itu ada kaitan dengan rahsia besar keluarga Afiq yang Liya tidak pernah tahu?


PETIKAN BAB 26


JAM menunjukkan pukul 2.05 pagi. Di pertengahan jalan tadi, air matanya sudah kering. Namun sebaik saja melihat kawasan perumahannya, air mata itu kembali mengalir.

Dia betul-betul menyesal balik ke rumah mak ngah. Bersendirian begini membuatkan fikiran negatif berlegar-legar. Macam mana kalau dia benar-benar hilang kesucian? Tak tahu apa dia akan lakukan jika itu terjadi.

Mujurlah ada gadis-gadis tadi yang menemaninya pulang semula ke rumah mak ngah untuk mengambil kunci kereta. Kebetulan kunci kereta ada tersangkut di tepi pintu sahaja. Maka mudahlah dia menyelinap masuk untuk mengambil kunci dengan selamat.

'Tapi... apa benda yang bersama dengan Abang Pian masa tu?'

Dada Liya berdegup kencang. Tanpa dapat dikawal, kronologi apa yang berlaku terulang tayang di kepala. Emosinya semakin tidak stabil. Pandangan semakin kabur.

Tangan yang memegang stereng semakin lemah. Dia tidak sedar kereta yang dipandu semakin laju, meskipun dia di kawasan taman.

Entah bagaimana, dia hilang kawalan sehingga keretanya terbabas ke tepi. Tanpa sempat mengelak, depan kereta sudah bertemu papan tanda jalan raya.

Bang!

Kepalanya terhantuk pada stereng. Badannya terlonjak ke depan. Sekejap saja bunyi pelanggaran kuat kedengaran sebelum dunia terasa sepi. Kepalanya kesakitan. Berdengung rasanya. Air matanya terus mengalir lebat.

Tak sangka mak ngah menjadi sekeji itu. Tidak terfikir Abang Pian akan cuba menodainya. Dasar jahanam!

Tangisan terus pecah, sehinggalah satu wajah melintas di fikiran. Tangisannya kini bertukar dengan ketawa sinis.

"Bodoh! Mahu lari dari harimau, terduduk satu bumbung dengan buaya." Pintu kereta dibuka. Sesak rasanya duduk di dalam kereta. Terhuyung-hayang dia keluar. Nafas ditarik panjang sambil bersandar pada kereta.

"Liya?"

Liya berpaling. Hening suasana ketika pandangan bertemu renungan lelaki yang tegak berdiri tidak jauh darinya.

"Encik Afiq..." Entah kenapa, air matanya meluncur laju.

"Awak okey? Macam mana boleh jadi macam ni?"

Liya mendongak. Terpanar seketika apabila lelaki itu ada tepat di hadapannya. Wajahnya ditilik sungguh-sungguh oleh lelaki itu. Kerisauan jelas terpancar di wajah Afiq.

"Saya bawa awak ke klinik."

"Awak?" Ulang Liya. Sejak bila bahasa lelaki itu berubah?

Lelaki itu terdiam dari sikap gopohnya tadi. Mata saling bertentangan.

"Ya. Awak. Awak, Liya."

Meledak lagi tangisan Liya. Menangis seperti hari itu tiada penghujungnya.