• tergenggam
  • km_202302091109_0001 - Copy (2)
  • photo_2023-02-13_15-06-29
  • photo_2023-02-13_15-06-28
  • photo_2023-02-13_15-06-28 (2)
  • lm_202302091109_0001 - Copy (2)
1
SALE

[KASEH ARIES] TERGENGGAM SETIA - SARA IRDINA

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: KASEH ARIES

Penulis: SARA IRDINA


Dalam waktu yang singkat, Faiha menerima kehadiran Aidan dalam hidupnya tanpa mengetahui sikap sebenar lelaki itu. Saat baru bergelar isteri, dia sudah dihidangkan dengan sakitnya derita. Namun Faiha tetap berpegang pada satu prinsip. Aib suami perlu ditutup rapi. Biarpun apa yang dilalui bagai menjerut diri. 

“Kenapa abang layan saya macam ni? Kita baru aje kahwin. Besar sangat ke salah saya tadi?” - Faiha 

“Aku boleh jadi pelindung kau. Tapi aku juga boleh hancurkan hidup kau kalau kau berani cari pasal dengan aku. Kalau kau nak aku jadi suami yang baik untuk kau, pastikan kau jadi isteri yang baik untuk aku dulu.” - Aidan 

Walau sudah kerap berjanji akan berubah dan takkan menyakiti, namun Aidan gagal menepati. Peluang yang diberi berkali-kali, seolah tak dihargai. Akhirnya benteng kesabaran Faiha semakin rapuh. Ditambah lagi dengan tuduhan yang dia buta menilai cinta oleh orang sekelilingnya. 

“Abang tahu abang bersalah. Abang pernah berjanji tak ulangi lagi kesilapan tu, tapi abang mungkir.” - Aidan 

“Faiha terima abang seadanya. Tapi bila bertubi-tubi disakiti, Faiha akui yang Faiha tak kuat lagi.” - Faiha 

Mampukah Aidan membuktikan dia sudah menjadi ‘Aidan’ yang baru kepada Faiha? Masih adakah peluang untuk mereka terus bersama atau ikatan mereka bakal terputus demi kehendak keluarga?


PETIKAN BAB 9


Sedang Faiha leka mendengar ceramah secara langsung dalam telefon, tiba-tiba masuk satu panggilan. Melihat nombor yang tak dikenali, buat Faiha bangun membetulkan duduknya.

Faiha menelan air liur. Dia rasa bimbang seandainya itu adalah nombor Aidan. Dalam dia berfikir, deringan tadi terputus begitu sahaja.

Namun baru saja dia nak menarik nafas lega, sekali lagi ada panggilan masuk dari nombor yang sama.

'Fikir, Faiha. Fikir. Kau kan bijak.'

Setelah lima panggilan dibuat oleh si pemanggil, barulah Faiha dapat idea. Harap-harap selepas ini lelaki itu akan faham dan tidak akan mengangganggunya lagi.

Masuk panggilan yang keenam, Faiha melarikan jarinya di butang hijau pada skrin telefon. Mulutnya ditutup dengan kain selimut.

"Hello, Faiha."

"Ini bukan Faiha. Ini Khadijah. Awak salah nombor." Faiha sengaja buat suara serak yang perlahan.

Kedengaran suara ketawa kuat dari corong telefonnya. Dia ada buat lawak ke tadi? Atau Aidan ini manusia yang mudah terhibur?

"Faiha... Faiha... awak ingat saya tak cam ke suara awak?" Nada sinis dengan sisa tawa yang kedengaran menjengkelkan.

Faiha merengus kuat. Sakit hati. Selimut ditolak geram. Kenapa semua yang dia buat, membuka peluang kepada lelaki itu untuk memperlekehkan dirinya?

"Saya dah dapat nombor awak. Kakak awak sendiri yang beri kepada saya. Tak payah nak tipu sayalah. Gambar awak jelas sangat dekat profil WhatsApp."

"Saya mengantuk. Nak tidur."

Dalam kepala Faiha dah rancang nak buang gambar di profil WhatsApp. Letak gambar kucing lagi bagus.

"Sekejap lagi awak awak boleh tidur. Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya. Nanti saya akan call awak lagi, ya?" Dia buat panggilan supaya Faiha dapat simpan nombornya.

"Jangan call saya. Kalau awak call juga, saya akan tukar nombor!" Ugut Faiha, serius. Dia sanggup tukar nombor kalau lelaki ini terus-menerus mengganggunya.

"Takkan sampai nak tukar nombor. Okeylah. Saya tak nak ganggu awak berehat. Saya rasa hari Sabtu depan, saya jumpa awak lagi. Err.. saya nak minta tolong sikit boleh tak?"

"Apa dia?"

"Bungkuskan nasi lemak untuk saya. Saya outstation minggu depan. Mungkin bertolak lambat sikit. Takut habis nanti, kempunan pula. Boleh, kan?" Makan nasi lemak itu cuma alasan saja. Sebenarnya dia nak jumpa dengan gadis pujaan hati.