• hr
  • aa_202212261615_0001 - Copy - Copy
  • photo_2022-12-27_11-22-12
  • pl_202212261616_0001 - Copy - Copy
1
SALE

[KOMRAD] CERITA ORANG HR - IZMAN PAUZI

Regular price
RM 22.50
Sale price
RM 22.50
Regular price
RM 25.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: KOMRAD

Penulis: IZMAN PAUZI


Korang selalu kata orang HR tak ada kerja. Sejujurnya mereka tidak tahu apabila kami betul-betul sibuk, nak makan sesuap nasi pun tak sempat.

TAK PERCAYA?

Memanglah korang tak patut percaya sebab ia tipu. Sebenarnya keharmonian kilang, tahap disiplin yang terkawal dan pengurusan gaji itu turun dari langit.


BAB 3 - PEGUAM ... SO WHAT?


Dalam mengendalikan Jabatan Sumber Manusia, aku turut terdedah kepada perhubungan dengan pihak luar termasuk bank, peguam, suami atau isteri pekerja, pengutip hutang dan sebagainya.

Hari ini aku fokus kepada pengutip hutang, tak kisahlah ia daripada pihak bank berlesen, syarikat kredit berlesen, syarikat penjual barangan elektrik berlesen atau sekadar along berlesen.

Ini bukan kisah baru bagi orang HR. Di setiap tempat aku pernah menaburkan khidmat, hal ini memang hal biasa apabila pihak terbabit hendak membuat pengesahan pekerja untuk diberi kredit. Ia akan muncul semula apabila si peminjam lupa atau gagal membayar mengikut masa yang ditetapkan.

Kebiasaannya, wakil pengutip hutang ini biasanya bercakap dengan sangat baik dan ramah. Mereka ingin membuat semakan pekerja kerana penama tersebut memohon pinjaman. Ia akan dilayan dengan baik oleh orang HR. Setakat buka sistem gaji dan maklumat peribadi bagi mengesahkan gaji dan tempoh perkhidmatan ... apa yang susah pun?

Jika ia kes memeriksa maklumat penggajian, perbualan setakat itu sahaja. Namun jika ia sebenarnya ada udang di sebalik batu, pihak yang menelefon akan meminta bercakap dengan pekerja terbabit untuk pengesahan. Proses ini boasanya tidak akan dilayan kerana ia akan mengganggu pekerja yang sedang bekerja. 

Mereka akan meminta pula diberikan nombor telefon bimbit peribadi pekerja terbabit dengan alasan mereka tidak jelas nombor yang ditulis tangan atau nomboor tidak dapat dihubungi. Ia juga tidak akan dilayan. Keadaan ini seringkali akan menimbulkan suasana tegang.

"Saya dari legal department, jika awak tak bagi maklumat diperlukan, awak akan didakwa menghalang keadilan," ugut mereka.

Aku biasanya sangat rasional dan akan mengingatkan mereka sebagai peguam mereka tidak hak mengugut aku kerana mereka boleh memohon sepina (surat yang meminta seseorang hadir di mahkamah) agar aku tunduk kepada perintah mahkamah.

Sebagai syarikat, aku berhak melindungi data peribadi pekerja aku kecuali jika kes melibatkan data yang diizinkan dan ia dilindungi oleh kerajaan.

Cuma aku musykil, bagaimana cepatnya nombor telefon, tempat kerja baharu, kad kredit baharu, dan lain-lain data peribadi boleh tersebar ke tangan syarikat insurans, syarikat jualan langsung, promosi hotel, kad kredit dan agen pengutip hutang?

Mmm... ada orang jual maklumatkah?