• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • malaysia
  • bvj_202212261616_0001
  • photo_2022-12-27_09-17-33
  • photo_2022-12-27_09-17-33 (2)
  • tg_202212261617_0001

[KOMRAD] UNTUNGLAH MALAYSIA MASIH AMAN

RM 17.00
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: KOMRAD

Penulis: KHAIRUL ABDULLAH


Bersedialah untuk rasa ditampar atau diluku kepala apabila membaca tulisan dalam buku ini.

Kalau rasa tak sanggup, baik tutup je buku ni dan balik tidur.

Tak payah risau apa akan terjadi selepas terjaga nanti kerana Malaysia masih aman dan akan senantiasa begitu.

Untunglah.


BAB 12
SUKA HATILAH


"Nak renovate rumah, nak pasang air cond, nak pasang Astro, nak pasang apa pun macam mana pun suka hati akulah. Rumah aku, tak pakai duit kau pun," ujar kita dengan eksyennya apabila ditegur oleh jiran kenapa kita buat tembok sampai menutup dan menghalang pandangan rumahnya.

Kita tak payahlah nak peduli pasal orang. Kita susah atau senang ada orang peduli pasal kita tak? Tak ada. Jadi apabila kita ada duit dan nak buat apa pun kita buatlah. Pedulikan dengan orang.

Biasanya begitulah, kan?

jadi, kita ubah suai rumah suka hati kita. Kita tak hantar permohonan dan serah pelan pembinaan kepada pihak majlis kerana kos dan takut tak lulus. Maka kita buat sahaja. Kalau majlis datang, paling kuat dia saman dalam RM2000 macam tu. Bayar saman selesai cerita.

Kalau upah arkitek atau draughtman untuk serah plan dan buat permohonan, kosnya pasti sudah lebih daripada itu.

Jadi rumah kita berdiri dengan gahnya. Outstanding, kata orang putih, dengan warna yang berbeza, reka bentuknya yang berbeza, dan segalanya berbeza daripada jiran-jiran kita. Nampak lebih gah, lebih hebat, lebih awesome katanya.

Sama ada binaan yang dibuat itu selamat atau tidak, dapat kelulusan atau tidak, kita pedulikanlah. Rumah kita, duit kita, maka kita punya suka.

Kalau yang duduk di flat atau apartmen atau kondo pula, kita nak pasang piring Astro tu kat mana pun suka hati kitalah. Kita nak pasang air cond bagaimana pun samalah. Walaupun pihak pengurusan kata, compressor air cond mestilah dipasang di bahagian ini, sistem paip air cond tu harus begini agar tidak nampak buruk dan hodoh serta menjejaskan facade keseluruhan apartmen, kita peduli apa.

Janji air cond pasang, janji rumah sejuk. Rumah aku, duit aku.

Pihak pengurusan dah maktubkan dalam undang-undang atau peraturan yang kita tidak dibenarkan menyidai pakaian di tingkap atau balkoni depan. Nanti akan nampak hodoh dan tak cantik apartmen kita tu.

Tapi kita sidai juga. Mana taknya, kalau tak sidai di situ nak sidai di mana, ya tak? Rumah apartmen manalah ada tanah. bebal juga pihak pengurusan ni, bebel kita lagi. Rumah aku, aku punya sukalah. Jerit kita.

Kita nak tumbuk sambal pukul 3.00 pagi pun kita punya sukalah, ya tak? Dah kita baru balik kerja, nak makan nasi mesti nak sambal belacan. Mestilah kena tumbuk. Takkan kita terpaksa menahan keinginan oleh kerana tidak mahu mengganggu jiran bawah dan sebelah akibat bunyi bising lesung batu tu, kan?

Lagipun orang atas rumah kita tumbuk sambal tak kira masa boleh je, takkan kita tak boleh?

Betullah jugak, kan?

Orang boleh buat takkan kita tak boleh, kan? Rumah kita, tanah kita, duit kita. Kita buatlah apa yang kita suka. Kenapa ada orang lain nak buat undang-undang dan tentukan hidup kita, ya tak?

Kalau duduk di Jerman memang parah.

Nak sign kontrak rumah pun dah macam-macam hal dan siap kena interview lagi. Dalam kontrak pun tercatat segala undang-undang dan peraturan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Nak buang sampah pun tak boleh bising-bising. Nak masak char kuetiau dan ketuk kuali kuat-kuat untuk tiru aksi abang char kuetiau pun tak berani, nanti jiran tegur atau dapat surat amaran daripada owner atau silap-silap polis datang depan pintu.


Your cart is currently empty.
Continue shopping