• abu ayyub
  • dd_202301301433_0001 2
  • photo_2023-01-31_12-25-35
  • photo_2023-01-31_12-25-34
1
SALE

[LATIP & KELUARGA] ABU AYYUB AL-ANSARI SYAHID KOTA KONSTANTINOPEL

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: LATIP & KELUARGA ENTERPRISE

Penulis: ABDUL LATIP TALIB


Abu Ayyub al-Ansari atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW daripada kaum Ansar.

Semasa peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, baginda memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari di perkampungan Bani Najjar sebagai tempat tinggal sementara sehinggalah Masjid Nabawi dibina.

Abu Ayyub al-Ansari turut serta dalam peperangan Badar, Uhud, Khandaq dan perang-perang seterusnya. Dikatakan beliau mengikuti semua perang pada zaman Rasulullah SAW.

Setelah Rasulullah wafat, beliau tetap terlibat dalam jihad. Perang terakhir beliau ikuti adalah pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan. Pada ketika itu usia beliau sudah mencecah 80 tahun.

Semasa Khalifah Muawiyah melancarkan kempen bagi menakluk kota Konstantinopel, dengan penuh semangat beliau tampil untuk ikut berjihad biarpun usia beliau sudah lanjut. Namun, dalam peperangan itu, beliau telah jatuh sakit dan meninggal dunia.

Yazid bin Muawiyah sempat menziarahu beliau dan bertanya: "Adakah kamu ada apa-apa keinginan?"

Abu Ayyub al-Ansari menjawab: "Sampaikan salamku kepada pasukan kaum Muslimin. Katakan kepada mereka, tempuhilah wilayah musuh sejauh mungkin dan bawalah jasadku bersama kamu semua."

Apabila beliau meninggal, tentera Islam membawa jasadnya bersama. Mereka menguburkannya berhampiran dengan Konstantinopel.

Inilah kisah Abu Ayyub al-Ansari, syahid kota Konstantinopel.


PETIKAN BAB 12


Hening subuh yang damai mula merangkak menebarkan cahaya. Seusai menunaikan solat subuh, pasukan tentera Isam sudah bersiap sedia. Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Sebelum berangkat, Abu Ubaidah mengatur strategi. Sesudah itu barulah mereka bergerak. Dalam gelap subuh yang dingin mencengkam, pasukan tentera Islam mula bergerak menuju ke tempat perkhemahan musuh. Markas musuh terang-benderang.

Ketika sekumpulam tentera Rom sedang berkawal. Kebanyakannya diulit mimpi. Abu Ubaidah memerintahkan anggota tenteranya seramai 10 orang membunuh kumpulan tentera yang sedang berkawal itu. Serangan mengejut pada subuh itu membuatkan pertahanan musuh goyah dan dengan mudah dapat dikalahkan.

Selepas kumpulan tentera Rom itu berjaya ditewaskan, Abu Ubaidah mengarahkan pula 50 anggota tenteranya mengepung kawasan lereng bukit berhampiran. Sebahagiannya pula mengikut Abu Ubaidah melakukan serangan ke tengah markas musuh. Itu adalah peluang keemasan untuk tentera Islam melakukan serangan besar-besaran.

Jerit tempik pihak musuh mengejutkan seluruh bala tentera Rom. Dalam keadaan kelam-kabut, pertahanan mereka menjadi kucar-kacir. Ada antara mereka berbunuhan sesama sendiri kerana suasana yang gelap menyukarkan mereka melihat keadaan sekeliling.