• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • perang uhud
  • gg_202212260903_0001 - Copy
  • photo_2022-12-26_14-46-47
  • photo_2022-12-26_14-45-39
  • ii_202212260903_0001 - Copy
DISCOUNT 15%

[LATIP & KELUARGA] PERANG UHUD DUKA DAN PENGAJARAN

RM 29.75
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: LATIP & KELUARGA ENTERPRISE

Penulis: ABDUL LATIP TALIB


Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira enam kilometer dari Masjid Nabawi. Dinamakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung itu tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah.

Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu, pasukan muslimin mengalami kekalahan di mana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan hanya 23 orang sahaja yang terbunuh. Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah SAW sendiri mengalami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau patah.

Inilah kisah perang yang penuh duka dan pengajaran.


BAB 4 PERANG SAWIQ


Zulhijjah tahun ke-2 Hijrah

Selepas dilantik menjadi ketua Quraisy di Mekah maka Abu Sufian bin Harb pun menunjukkan keberaniannya dengan bersumpah untuk menyerang Madinah.

"Demi tuhan kita, aku bersumpah tidak akan mandi, menyikat rambutku dan tidak tidur bersama isteriku selagi belum menyerang Madinah," kata Abu Sufian melafazkan sumpahnya.

Sumpah itu diulang-ulangnya beberapa kali supaya mendapat pujian daripada orang ramai. Namun Abu Sufian belum menetapkan bila serangan itu akan dilancarkan.

Abu Sufian berasa bangga ketika mula-mula mengucapkan sumpah itu di depan Kaabah. Orang ramai memujinya dengan pelbagai pujian dan sanjungan. Tetapi lama-kelamaan sumpah itu ternyata menyusahkan dirinya sendiri. Dia terbelenggu dengan sumpah yang belum pernah dilakukan oleh orang Quraisy sebelum itu.

Cuaca pada bulan Zulhijjah itu kering dan panas. Abu Sufian melihat padang pasir yang gersang dan kering kontang. Dia akan mengharunginya untuk sampai ke Madinah? Bila? Itulah persoalan yang sering menghantuinya.

Hindun senang hati mendengarnya lalu berkata. "Selepas abang menunaikan sumpah itu baru kita dapat tidur bersama, mandi bersama dan sama-sama menyikat rambut kita," kata Hindun sambil tersenyum.

"Aku hendak pergi ke Kaabah menemui Safwan. Mungkin dia boleh membantu abang mempercepatkan serangan ke Madinah," kata Abu Sufian lalu keluar dari rumahnya menuju ke Masjidil Haram. Dia menemui Safwan yang sedang duduk di depan Kaabah. 

"Wahai Safwan, sudah dua bulan aku tidak tidur dengan isteriku serta menyikat rambutku. Semua itu berpunca daripada sumpah yang aku lafazkan di depan Kaabah dan di depan tuhan-tuhan kita. Aku akan terus begini selagi sumpah itu belum aku tunaikan," kata Abu Sufian meluahkan kesusahan yang dialaminya.

"Apakah engkau menyesal kerana melafazkan sumpah itu?" tanya Safwan pula.

"Aku tidak menyesal tetapi berasa tertekan kerana sudah dua bulan tidak bersama isteriku serta menyikat rambutku. Aku bimbang orang ramai akan mentertawakan aku," jawab Abu Sufian.

Tiba-tiba Safwan tertawa sambil memandang ke arah Abu Sufian. Dia berasa tersinggung.

"Apakah engkau mentertawakan aku wahai Safwan?" tanya Abu Sufian marah.

"Bukan aku saja yang mentertawakan engkau wahai Abu Sufian. Tetapi seluruh penduduk Kota Mekah ini mentertawakan engkau. Engkau sahaja yang tidak menyedarinya," tempelak Safwan.

Kemudian katanya lagi, "Engkau sekarang ketua penduduk Kota Mekah. Sepatutnya engkau segera tunaikan sumpah   "

Your cart is currently empty.
Continue shopping