• ummu
  • hj_202301301432_0001 - Copy
  • photo_2023-01-31_14-31-10
  • photo_2023-01-31_14-31-09
  • kn_202301301432_0001 - Copy
1
SALE

[LATIP & KELUARGA] UMMU SALAMAH PENDAMPING SETIA RASULULLAH

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: LATIP & KELUARGA

Penulis: ABDUL LATIP TALIB


Kelahiran Hindun bin Hudzaifah (Abu Umayyah) dalam keluarga terhormat yang berasal dari Bani Makhzum. Kehidupannya penuh limpahan kasih sayang, terutamanya dari ayahnya sendiri, Abu Umayyah, salah seorang pemimpin Quraisy yang terkenal dengan sifat pemurah dan dermawan. Kehidupannya terjaga, bertemu jodoh pula dengan Abdullah bin Abdul Asad. Kasih sayang dibaja sepanjang masa, melahir cinta tiada kesudahan. Kelahiran Salamah, anak sulung mereka, kedua-duanya dipanggil pula Ummu Salamah dan Abu Salamah.

Suaminya bukanlah orang biasa. Ibu Abdullah bin Asad adalah ibu saudara Nabi Muhammad SAW dan beliau juga ada saudara susuan nabi. Panggilan Islam disambut suaminya tanpa ragu dan disahut pula isteri tercinta. Ujian demi ujian, tidak mematahkan rasa cinta sesama insan, apatah cinta pada Allah SWT dan rasul. Perpisahan abadi kedua mereka dipegang Ummu Salamah penuh sabar dan reda.

Sayang dan cinta suaminya, mendoakan sekiranya beliau pergi dahulu, penggantinya nanti lebih baik dan mulia darnya. Sesungguhnya pergantungan pada Allah SWT, Ummu Salamah yang ditinggalkan bersama empat orang anaknya akhirnya dipinang sendiri oleh penghulu segala umat manusia, pengganti terbaik yang didoakan arwah suaminya. Yang sepanjang hayat nabi, berdamping di sisi nabi, mencurah pendapat dan sokongan tanpa jemu. Yang seluruh hidupnya disemadikan hanya untuk Allah SWT dan rasul. Perginya beliau, meninggalkan contoh terbaik buat seluruh wanita, kesetiaan isteri solehah, melebihkan urusan akhirat, pendamping suami mencurah kebijaksanaan serta kesabaran yang tinggi menghadapi ujian, pergantungan hanya pada Allah SWT.


PETIKAN BAB 12 - PERANG BADAR


"Tiba masanya untuk kita bertindak," kata Nabi Muhammad SAW apabila mendapat khabar yang Abu Sufyan memimpin kafilah besar yang membawa ratusan unta. Baginda tersenyum tenang, sebentar lagi yang batil akan tenggelam dan yang hak akan mencapai kemenangan.

"Adakah kerana Abu Sufyan bin Harb, ya Rasulullah?" tanya Abu Bakar As-Siddiq meminta kepastian.

"Ya. Kafilah Abu Sufyan sedang dalam perjalanan pulang dengan membawa keuntungan besar dari Syria kepada orang-orang Quraisy Mekah. Mereka berdagang dengan menggunakan hasil jualan harta-harta kaum Muslimin yang dirampas di Mekah," kata Umar al-Kattab seraya menggeleng dengan kemarahan. Beliau tahu jika kaum Muslimin berdiam, bermakna mereka pengecut dan akan terus ditindas.

"Saya tahu. Kita perlu menghalang kafilah ini dan mengambil apa-apa yang dibawa kafilah ini sebagai balasan kepada mereka dan untuk membayar semula kerugian yang dideritai oleh kaum Muslimin," kata Nabi Muhammad SAW, nekad.

Bersinar wajah Umar al-Kattab mendengarnya. Pada mulanya beliau fikir, Nabi hanya mahu bersabar sahaja dan membiarkan harta dan kehormatan mereka diinjak-injak musuh sesuka hati sepertimana mereka bersabar selama ini ketika ditindas di Mekah dahulu. Apatah lagi dengan semua yang telah dilakukan orang-orang Quraisy kepada orang-orang beriman yang masih berada di Mekah kerana terhalang untuk berhijrah.

Apabila Nabi Muhammad SAW terlepas