• FREE POSTAGE For Order Over RM50 I Free BOOKMARK for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • zainab
  • nj_202212260906_0001
  • photo_2022-12-26_09-17-33
  • photo_2022-12-26_09-17-33 (2)
  • ds_202212260907_0001
DISCOUNT 15%

[LATIP & KELUARGA] ZAINAB AL-GHAZALI TOKOH ASPIRASI MUSLIMAH

RM 25.50
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Terbitan: LATIP & KELUARGA

Penulis: ABDUL LATIP TALIB


ZAINAB AL-GHAZALI - TOKOH ASPIRASI MUSLIMAH


Zainab al-Ghazali merupakan pengasas Persatuan Wanita Islam ('Jama'at al-Sayyidat al-Muslimat') di Mesir. Misi perjuangan beliau adalah untuk memberi dan menyebarkan kefahaman Islam dalam pemikiran wanita, mendidik wanita mengenai hak-hak dan tanggungjawab mereka serta membawa perubahan dalam masyarakat yang berpandukan kepada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SWT.

Sejarah penahanan Zainab al-Ghazali bermula pada 20 Ogos 1965, ketika beliau berusia 44 tahun. Beliau dipenjarakan dan diseksa dengan kejam. Namun wanita cekal ini tabah mengahrungi ujian demi ujian kerana percaya beliau berada di landasan yang benar.

Pada tahun 1971, Zainab al-Ghazali akhirnya dibebaskan dari penjara selepas Presiden Jamal Abdul Nasser meninggal dunia dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan.

Kepakaran ilmu dan keberanian Zainab al-Ghazali dalam perjuangannya telah menyumbang kepada pembangunan dakwah Islam di Mesir.

Kisah Zainab al-Ghazali harus dijadikan panduan dan pedoman dalam pembentukan jati diri khususnya kaum Muslimah.


BAB 1: CERITA AYAH


"Zainab, mari sini," panggil Al-Ghazali pada petang yang damai itu. Dia melihat anaknya yang terlompat-lompat bermain dengan rakan-rakannya sebelum ini sudah berhenti bermain. Lalu si ayah mahu mengisi masa rehat anaknya itu dengan perkara yang bermanfaat.

Zainab yang gembira dipanggil ayahnya segera berlari membelah angin menuju ke arah ayahandanya. Di atas pangkuan ayah tercinta, Zainab melompat duduk. Al-Ghazali tersenyum sahaja. Tubuh Zainab yang ringan tidak sedikit pun memberi masalah padanya.

"Ayah nak bercerita ni, kamu nak dengar ataupun tak?" tanya si ayah dengan penuh kasih sayang.

"Nak!" jawab Zainab yang memang suka mendengar cerita. Apatah lagi si ayah memang gemar menjadi penglipur lara dalam usaha menanam kisah-kisah yang baik dalam minda bawah sedar anaknya supaya puterinya kelak membesar menjadi Muslimah yang baik.

"Ayah nak cerita kisah seorang srikandi Islam bernama Nusaibah binti Ka'ab al-Maziniyah, sahabat yang turut berjuang bersama Rasulullah SAW dalam Perang Uhud."

Zainab yang masih kecil mula memasang telinga untuk mendengar cerita, kerana ia bagaikan hiburan untuknya. Tambahan pula di rumahnya, memang diharamkan alat-alat hiburan seperti televisyen.

"Nusaibah binti Ka'ab Al-Anshariyah adalah seorang sahabat wanita yang agung lagi berani. Dia banyak berjasa dalam perjuangan dakwah Islam. Nusaibah juga digelar Ummu Imarah," kata Al-Ghazali memulakan cerita di bangku luar halaman rumah yang permai.

"Dia berani yang bagaimana, ayah?" tanya Zainab yang petah.

"Nusaibah adalah pahlawan wanita yang tidak pernah culas melaksanakan kewajipan setiap kali ada panggilan untuk berjuang. Dia mencari kemuliaan dunia dan akhirat," beritahu Al-Ghazali.

Sambungnya lagi, "Buat pengetahuan kamu, dia adalah seorang daripada dua wanita yang bergabung dengan 70 orang lelaki Ansar yang hendak berbaiat iaitu mengaku taat setia kepada Rasulullah SAW dalam Baiat Aqabah Kedua. Pada waktu itu, dia berbaiat bersama suaminya, Zaid bin Ashim, dan dua orang putera mereka. Kisah kepahlawanan Nusaibah yang paling dikenang sepanjang sejarah adalah ketika Perang Uhud, dia telah membela dan melindungi Rasulullah SAW."

"Bagaimana dia lindungi Rasulullah SAW, ayah?" tanya Zainab tidak sabar. Dia memandang tepat ke wajah ayahnya.


Your cart is currently empty.
Continue shopping