• Free MEMOPAD 2022 for orders over RM30 Shop Now!
icon-search
icon-search
  • adat resam melayu kelantan .png
  • cb adat resam melayu kelantan .png
  • WhatsApp Image 2022-06-28 at 3.05.05 PM.jpeg
  • WhatsApp Image 2022-06-28 at 3.04.16 PM.jpeg
  • WhatsApp Image 2022-06-28 at 3.05.17 PM.jpeg

[MAIK] BEBERAPA ASPEK ADAT RESAM MELAYU KELANTAN

RM 29.75
- +
code
icon-bag Add to Cart Whatsapp order
Home

Beberapa Aspek Adat Resam Melayu Kelantan merakamkan rencam adat resam masyarakat Melayu tradisional negeri Kelantan. Dalam buku ini dijelaskan bagaimana masyarakat Melayu tradisional menerima, mempelajari dan menghayati sikap dan kelakuan, nilai dan norma yang diterima dari satu generasi ke satu generasi yang lain, sebelum merealisasikannya dalam bentuk adat yang mencerminkan warisan dan budaya masyarakatnya. 

Buku ini mengandungi sejumlah adat resam utama dalam "kitaran hidup" seorang manusia, berawal dengan adat kelahiran (malah sejak dalam kandungan lagi), diikuti adat-adat seperti bertahnik (belah mulut), aqiqah, berkhitan, khatam al-Quran, perkahwinan dan berakhir dengan kematian. Walaupun di sana masih terdapat beberapa adat kecil-kecilan yang lain, seperti adat menaiki rumah baharu, adat bersawah (biasanya sebelum turun ke bendang), adat berpergian jauh (biasanya sebelum turun untuk menunaikan ibadat haji) dan lain-lain, namuun fokus buku ini adalah terbatas kepada adat-adat utama sebagaimana yang digariskan di atas.

Walaupun hanya "beberapa aspek"- tidak menyeluruh atau rinci- namun penerbitan buku ini diharapkan dapat sedikit sebanyak mengungkapkan beberapa aspek adat resam Melayu yang pernah atau masih diamalkan dalam masyarakat awam negeri  Kelantan.  

Your cart is currently empty.
Continue shopping