• cuisine
  • photo_2024-01-29_11-11-50 (2)
  • photo_2024-01-29_11-11-50
  • ikj_202305031532_0001
  • bvc_202305031533_0001
  • photo_2023-05-04_15-40-59
  • photo_2023-05-04_15-40-58
1

DEFECT - [MANES WORDWORKS] CHEF'S CUISINE - EFFALEE

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 40.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: MANES WORDWORKS

Penulis: EFFA LEE


A dream, that is too beautiful to be true.

Pertemuan yang tak diduga antara Dyra Darleen Darissa dengan musuh ketatnya sewaktu sekolah menengah menjadi satu titik baharu dalam hidupnya. Siapa sangka jejaka yang dahulunya gengster sekolah, kini berjaya membuka sebuah restoran ternama di persada dunia?

Dia, Zafrael Aisaar. Seorang yang disegani juga digeruni. Dan seorang yang sangat misteri.

“Don’t fall for me. You’ll get nothing but disappointment!” – Zafrael

***

Dyra hanya mengharapkan sebuah perjalanan cerita hidup yang sempurna dan bahagia. Namun realiti itu tak seindah mimpi.

“Keep on dreaming. Because you don’t want to know what lies beneath the dark truth of the reality.” – Zafrael

Lalu, apakah mampu seorang Dyra membongkar segala kebenaran? Dan mampukah dia mengharungi sebuah realiti yang terlalu kejam untuk dipanggil sebuah kehidupan?

A reality, that is too harsh to be true.

***

Effalee menghidangkan naskhah ini dengan secukup rasa manis cintanya dan lemak komedinya. Ditambahkannya pula pahit konfliknya yang digaul rata. Pedas misterinya pula mengecurkan. Jangan baca waktu perut lapar! - Pingu Toha, editor


PETIKAN BAB 20


KEDATANGAN anak-anak dari rumah anak yatim bersama pengiring mereka itu sedikit sebanyak menceriakan suasana di Zew's Cuisine. Semua pelayan menyambut mereka dengan penuh mesra. Masuk saja ke dalam, mereka terus mendapatkan Zafrael yang sedang menunggu di tengah-tengah lobi.

"Abang Z!"

"Abang Z, Haikal rindu!"

Zafrael dipeluk erat oleh anak-anak yatim itu. Ada yang menangis sambil menjerit perkataan 'rindu' berkali-kali. Jujur hatiku tersentuh melihat adegan itu. Staf yang lain sepertinya sudah biasa dengan keadaan seperti ini. Sedikit pun tak merasa aneh apabila Zafrael tak memberikan apa-apa reaksi kepada kanak-kanak yang sedang memeluknya. Hanya beku berdiri sambil menyelukkan tangannya ke dalam poket. Muka selamba dia tayang.

Melihat kemesraan kanak-kanak itu kepada Zafrael, sedikit meyakinkan aku tentang cerita Airis tadi. Tak mungkin mereka akan berani dan serapat itu jika Zafrael tak mesra dengan mereka.

Kelihatan Herris menghampiri dua orang wanita. Tak silap aku, mereka pelayan dari AF Department. Afrika.

"Delete." Herris bersuara sambil mengarahkan pandangan kepada telefon di tangan pelayan-pelayan itu. 

Kecut kedua-dua wanita itu. Laju saja mereka mengangguk dan memadamkan entah apa dari dalam telefon masing-masing.

Herris kemudiannya memandang pekerja yang lain. "Mungkin di sini ada yang baharu dan tak tahu tentang peraturan yang telah ditetapkan. In this kind of event, no picture or any media is allowed." Tegas Herris bersuara.

"Kenapa?" tanyaku kepada kawan-kawanku.

"Macam aku cakaplah. Tuan Z tak suka expose diri dia. Program macam ni sepatutnya dah masuk tv dah. Tapi dia tak benarkan mana-mana wartawan ataupun orang luar masuk. Tangkap gambar pun dilarang. Kiranya, ini macam program tertutup. Memang kunci terus pintu tak bagi siapa-siapa masuk." Airis menjawab.

Aku menghela nafas berat. Pelik-pelik betul peraturannya. Kalau nak kata dia tak suka masuk televisyen, dah bersepah muka dia dalam tu. Jadi juri 'Mister Chef', ditemubual wartawan, pergi ke majlis-majlis korporat dan sebagainya. Sedangkan, kehadiran Putera Anders Fredrik hari itu pun ada wartawan yang hadir untuk buat liputan. Tapi kenapa program seperti ini, orang lain tak dibenarkan tahu?

"Masuklah. Macam biasa, pergi aje mana-mana tingkat ikut menu yang kau orang nak makan. Semua"