[MANES WORDWORKS] DENDAM BAYANG by FAZROL IZWAN
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
TAJUK : DENDAM BAYANG
TERBITAN: MANES WORDWORKS
PENULIS: FAZROL IZWAN
Siapa sangka satu tugasan kuliah menjadi pengalaman tragis buat Hazmi, Balqis, Najmi dan Dahlia. Pensyarah mereka, Dr. Sufi telah memberi satu tugasan pelik yang tidak ada kenamengena langsung dengan subjek yang diambil. Sebagai pelajar jurusan Sains Biologi, mereka perlu membuat tugasan di sebuah banglo lama dan terpencil. “Sejak mula-mula Dr. Sufi bagi kita tajuk ni sampai sekarang aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.” – Balqis
Tanpa disedari, satu lembaga serba hitam memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Kelibat bayang hitam itu sentiasa mengekori. Ancamannya berbaur dendam yang tidak mereka duga. “Kita akan keluar dari sini. Ingat, kalau apa-apa berlaku tolong jangan berpecah.” – Hazmi Kemelut terus melanda.
Hazmi hilang tanpa jejak. Najmi terperangkap di dalam banglo itu. Balqis dan Dahlia pula ditangkap oleh sekumpulan Orang Asli ketika cuba mendapatkan bantuan. “Aku pasti semua ini dirancang atas motif-motif tertentu.” – Najmi. “Aku rasa, itu petunjuk bahawa semua ini dirancang rapi oleh dia.” – Dahlia Siapakah lembaga hitam itu? Dapatkah mereka melepaskan diri daripada dendamnya?
Segala persoalan akan terjawab dalam naskhah penuh saspens ini. Kisah penuh cemas ini mengajak pembaca bermain teka-teki bersama-sama.
Empat sekawan mencari jawapan tentang apa yang sedang mereka alami. Siapa? Kenapa? Bagaimana? Semua persoalan itu akan memaksa anda untuk membaca naskhah ini sehingga ke titik penamat. – Kamalia Ramlan, Editor
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product